Setakat ini kerajaan P Pinang hanya membuat bayaran untuk Penilaian Impak Alam Sekitar bagi 3 lebuh raya sahaja.
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan setakat ini tiada bayaran dibuat bagi projek pembinaan terowong dasar laut di negeri ini.
“Tiada satu sen, tak ada sekupang pun dibayar untuk projek terowong dasar laut ini… yang kami lakukan pembayaran adalah hanya untuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi 3 lebuh raya. Itu sahaja.
“Yang ini kami bayar sehingga peringkat DEIA (Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar) dan kami pun dapat kelulusan DEIA itu dan bermakna projek ini boleh dimulakan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.
Pada sidang akhbar itu Lim turut membidas beberapa akhbar arus perdana yang didakwa memutarbelitkan laporan berhubung isu pembiayaan itu.
Sementara itu mengulas dakwaan pejabat ketua menteri diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, Lim berkata: “Semalam pejabat ketua menteri tidak diserbu langsung oleh SPRM”.
Isu terowong dasar laut kembali hangat diperkatakan susulan SPRM membuat serbuan di beberapa pejabat kerajaan di Komtar dan syarikat berkaitan projek itu, Selasa lepas dan semalam untuk siasatan susulan laporan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.
Pada Rabu, 2 individu bergelar Datuk daripada syarikat pembangunan hartanah direman 6 hari masing-masing di Putrajaya dan di sini bagi membantu siasatan.
Pada 5 Jan lalu, Huan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek itu.
Lim sebelum ini dilaporkan berkata akan meneruskan projek terowong dasar laut yang menghubungkan bahagian pulau dari Persiaran Gurney ke bahagian utama negeri itu di Bagan Ajam. -FMT
mau cerita sedikit pengalaman yang tak pernah bisa aq lupakan sama suamiku waktu di Singapura, aq salah satu Tki tak punya kerja tetap di sana . tapi aq sudah ber rumah tangga sama orang medan, syukur udah punya anak 2. aq selalu berusaha cari jalan untuk masalah ekonomi keluarga, kebetulan suamiku buka internet temukan atas nama Mbah Suro beserta dengan nomor Whatsapp nya +6282354640471 di halaman facebook. awalnya aq sangat takut, penasaran dan takut berdosa sama yang kuasa. tapi apa boleh buat nasi sudah jadi bubur, aq cerita sama beliau dan dia berikan saran, untuk keluar dari himpitan ekonomi melalui Pesugihan Dana Ghaib ini. aq mulai percaya 3 hari aq tunggu hasilnya sama suamiku betul-betul nyata, berkat pesugihan Mbah Suro aq sekarang sudah ada perubahan buka usaha di kampung . dan mbah juga bantu orang seperti togel 3D/4D/5D/6D, pelet, penglaris Usaha, dll
ReplyDelete