Hasrat Tun Mahathir Mohamad untuk melawat Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Pusat Rehabilitisi Cheras bagi mengucapkan terima kasih kepada rakan lamanya itu tidak kesampaian apabila beliau tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Kementerian Dalam Negeri.
Beliau yang diiringi oleh Nurul Izzah berhasrat ingin menyampaikan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Anwar kerana menyokong pencalonannya sebagai bakal Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan sekiranya gabungan itu memenangi PRU 14 akan datang.
Bagi Tun Mahathir, tentunya sokongan Anwar itu amat bermakna kerana ia menjadikan Pakatan Harapan berjaya menyelesaikan isu pokoknya bagi berdepan UMNO dan BN iaitu mengenai calon Perdana Menteri dan soal pembahagian kerusi.
Kenapa KDN yang menterinya, Ahmad Zahid Hamidi tidak memberi kebenaran bagi lawatan Tun Mahathir itu?
Masih takut dengan seorang lelaki yang sudah berusia 93 tahun?
Sedarkah Zahid Hamidi bahawa Tun Mahathir adalah bakal Perdana Menteri selepas PRU 14 akan datang nanti?
Jika Perdana Menteri, Najib Razak dan Zahid Hamidi sendiri boleh melawat Anwar, siap bergambar dan memuatkannya dalam laman sosial masing-masing, malah beberapa pemimpin lain juga diberikan kebenaran yang sama, kenapa pula seorang bakal Perdana Menteri harus dikenakan larangan?
Bukankah Anwar itu bekas bossnya dahulu, manakala Tun Mahathir pernah ditemuinya secara peribadi tidak lama selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang tujuannya menurut bekas Perdana Menteri itu adalah dengan hasrat untuk mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan Najib?
Lupakah Zahid mengenainya?
Di mana etika kemanusiaan serta timbangrasa Zahid Hamidi dalam hal ini?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.