`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 22, 2019

Faisal Tehrani On Amri Che Mat, Pastor Koh - Sila Rujuk Seksyen 364 Kanun Jenayah Kesiksaan

"Maka, jika itu betul berlaku, siapakah yang memotivasikan polis? Atau lebih tepat; agamawan, ustaz, lebai atau mufti mana yang mendorong polis (jika memang polis) melakukan kehilangan ini? Tambah pula terdapat kenyataan polos daripada Khalid seperti disentuh di atas."



Yang berikut ini adalah penjelasan terperinci oleh ahli akademik dan pemikir Faisal Tehrani berkenaan kes penculikan (dan kemungkinan besar sekali juga pembunuhan) Amri Che Mat dan Pastor Koh.

Sila membaca komen saya pada penghujungnya.  




Amri Che Mat, darah yang direguk
Faisal Tehrani - November 21, 2019 

Pada 24 Nov 2016, Amri Che Mat, pengasas bersama sebuah persatuan kebajikan dengan nama Perlis Hope, keluar dari rumahnya untuk menemui seorang sahabat. Saksi ternampak 5 kenderaan menghalang laluan kereta Amri, kira-kira 550m dari rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis, sebelum beliau dibawa pergi.


Kes Amri, bersama kes melibatkan Pastor Raymond Koh (diculik semasa memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Feb 2017) adalah 2 kes yang disimpulkan sebagai kehilangan paksa oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam satu inkuiri panjang bermula Oktober 2017.
Saya pernah bertanya di kolum ini, “Kehilangan paksa Amri dan Koh, siapa ‘makan darah’?”

Siapa? Siapakah pemakan darah mereka?

  • Dua kes ini amat bersejarah dalam negara kita. 
  • Ia kes peregukan darah warganegara dengan cara paling nista. 
  • Ia kes peregukan darah yang sangat tragis dan menakutkan.

Setiap warga Malaysia perlu mengenang 2 kes ini. Saya ulang; setiap kita perlu mempertanyakan. Ia telah berlaku, boleh berlaku dan siapa tahu akan berlaku sekali lagi. Setiap daripada kita terdedah untuk direguk darahnya secara semberono. Tiada siapa terkecuali.

Negara ini boleh menjadi Argentina, boleh menjadi Pakistan, dan boleh menjadi China; di mana kita – warga yang aman – boleh hilang tanpa jejak, dan ia dilakukan oleh negara itu sendiri.

Sudah tentu kita amat terkejut apabila Suhakam membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa membabitkan kedua-dua aktivis sosial ini, Amri dan Koh.
Pesuruhjaya Suhakam ketika itu, Mah Weng Kwai, merumuskan panel yakin terdapat individu atau kumpulan yang beroperasi dengan sokongan ejen negara telah terbabit dalam penculikan itu.

Minggu ini, kehilangan Amri sudah memasuki tahun ketiga. Dan Amri belum ditemui. Kita hanya dapat membayangkan yang buruk-buruk. Yang darah.

Ogos lalu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid, mengumumkan polis mencari individu bernama Saiful Bahari Abdul Aziz yang dipercayai mempunyai maklumat kehilangan mereka.

Ini ekoran panel Suhakam yang menyiasat kes kehilangan Amri mendakwa polis melakukan “usaha untuk mengaburkan” dan ia berkait dengan Saiful Bahari yang juga bekas pekerja kontrak Cawangan Khas.

Akan tetapi, dengan akal waras, tanpa watak bernama Saiful Bahri ini, kita akan tertanya-tanya mengapa pihak yang wajar melindungi warganegara akan bertindak sebaliknya? Apakah motivasi di sebalik penculikan atau kehilangan paksa ini? Sekali lagi, siapakah pemakan darah Amri?

Kita tidak patut berhenti mencari siapa yang bertanggungjawab, tetapi kita juga perlu menebak dan melakukan hipotesis, apa yang membuatkan mereka diculik.

Untuk Amri, salah satu hipotesis paling hampir dan boleh diyakini, yang menjadi sebab darah Amri direguk dan beliau dikorbankan; adalah sektarianisme.

Berdasarkan itu, kita akan dapat membuat satu hipotesis lain; siapa yang bertanggungjawab, atau siapa yang terlibat. Yakni, tangan siapa yang berlumuran darah.

Sepanjang inkuiri Suhakam, berkali-kali dibangkitkan soal sama ada Amri adalah seorang pengikut Syiah. Malahan, dalam tempoh itu, terdapat usaha agamawan tertentu memalitkan Amri dengan keganasan dilakukan secara sistematik.

Sebagai contoh, Amri didakwa (tanpa bukti dan memang lucu) ingin menubuhkan negeri mullah ala Syiah di Perlis. Akan tetapi seperti yang kita semua tahu, bukan Amri yang mereguk darah; tetapi (mungkin) darah Amri yang direguk. Yakni sudahnya; bukan Amri yang mengganasi Perlis, tetapi kelihatannya ada elemen di Perlis yang mengganasi Amri.

Baca perenggan di atas sekali lagi; Amri mangsa, Amri bukan pemangsa.

Jika kita memegang kenyataan bekas ketua polis negara, Khalid Abu Bakar yang mengakui di dalam inkuiri Suhakam, beliau pernah mengarahkan pasukannya membantu pihak berkuasa agama dalam menguatkuasakan fatwa terhadap pengikut Syiah dan kegiatannya; kita akan menemui satu hipotesis penting: Amri hilang kerana sektarianisme. Atau baca, Amri dimangsai fatwa.

Khalid ketika disoal panel Suhakam yang menyiasat kehilangan Amri mengatakan “masalah Syiah ini sebenarnya bukan masalah PDRM, tetapi kita ada persefahaman dengan jabatan agama Islam, dalam hal-hal kesalahan di bawah akta syariah negeri-negeri, kita akan membantu jabatan agama Islam”.

Apatah lagi bekas ketua penolong pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Awaludin Jadid juga “pernah mendedahkan unitnya telah mengawasi Amri sebelum kehilangannya dan melihat NGO Perlis Hope yang diasaskan bersama oleh Amri itu sebagai satu bentuk aktiviti penyebaran fahaman penganut Syiah”.

  • Mungkin kita mencari orang yang salah. 
  • Misalnya Saiful Bahari mungkin ada maklumat siapakah yang menghilang paksa Amri, tetapi yang harus ditanyakan dengan waras adalah siapakah pula di belakang penculik Amri? 
  • Atau jika Suhakam benar yang terbabit adalah elemen di dalam polis itu sendiri, kita akan bertanya dengan jujur, siapakah yang mendorong polis?
Ini kerana, secara waras kita semua tahu polis bekerja untuk melindungi kita, bukan mengganasi kita?

Maka, jika itu betul berlaku, siapakah yang memotivasikan polis? Atau lebih tepat; agamawan, ustaz, lebai atau mufti mana yang mendorong polis (jika memang polis) melakukan kehilangan ini? Tambah pula terdapat kenyataan polos daripada Khalid seperti disentuh di atas.

Yang mereguk darah Amri ialah mereka di sebalik fatwa terhadap pengikut Syiah. 
Ia adalah produk sektarianisme. 
Amri adalah bibit mangsa kepada sektarianisme.

Apakah itu sektarianisme? Elok kita merujuk pengalaman yang dilalui Ireland dan Scotland yang juga menempuh sektarianisme, yang bermakna, ia tidak semestinya berlaku dalam dunia Islam yang penuh kompleksiti mazhab Sunni-Syiah saja.

Ini kerana, ia turut berlaku dalam dunia Kristian: “Within the Criminal Justice (Scotland) Act 2003, sectarian hate crimes are defined as ‘offences aggravated by religious prejudice’, although the definition of the term ‘religious’ has been made rather broad since Section 74 (7) of the Act defines a ‘religious group’ as a group of persons defined by reference to their: religious belief or lack of religious belief; membership of or adherence to a church or religious organisation; support for the culture and traditions of a church or religious organisation; participation in activities associated with such a culture or such traditions.”

Sektarianisme adalah jenayah kebencian berasaskan agama, satu prejudis agama bahawa kita saja yang benar; dilakukan terhadap sehimpunan pengikut mazhab tertentu, dan biasanya dilakukan negara dengan mekanisme undang-undang.

Dalam kes pengikut Syiah dan Ahmadiah di Malaysia, terdapat fatwa pengharaman Syiah dan Ahmadiah yang digazet dan menjadi undang-undang untuk menafikan kebebasan beragama pengikut mazhab Syiah dan Ahmadiah ini.

Bukan itu saja, fatwa ini menghalalkan pemomokan terhadap mereka. Dan tidak ada pula mekanisme undang-undang untuk mengawal kalau-kalau pemomokan itu menjadi kebencian meluap sehingga membolehkan darah minoriti seperti Syiah dan Ahmadiah direguk.

Oleh sebab tiada instrumen mengawal, maka mereka yang melakukan gejala kemazhaban ini berasa seronok, bebas, mua, melakukan sewenang-wenangnya dan tidak mustahil memperalatkan ejen negara seperti pasukan keselamatan untuk melakukan peregukan darah bagi pihak mereka.

Di sesetengah negara Timur Tengah yang tidak mengamalkan demokrasi, sektarianisme menjadi alat untuk menekan warganegara dan menafikan hak asasi mereka.

Mudah untuk memomokkan orang yang berbeza daripada kita, yang kelihatan seperti “Adam’s Family” untuk dikaitkan dengan katakanlah “kesesatan”, “keganasan” dan entah apa-apa lagi. Padahal seperti dalam kes Amri, golongan minoriti inilah yang nampaknya menjadi mangsa.

Nader Hashemi dalam “Toward a Political Theory of Sectarianism in the Middle East: The Salience of Authoritarianism over Theology” menyatakan, “authoritarian states in the Muslim world have several distinguishing features which influence sectarian relations. They suffer from a crisis of legitimacy and as a result, they closely monitor and attempt to control civil society by limiting access to information and the freedom of association of their citizens”.

Yakni, hanya negara autoritarian saja akan menggunakan sektarianisme.

Sektarianisme misalnya, dikaitkan strategi pemerintah Wahhabi berdepan minoriti Syiah. Dalam hal ini pemerintah Arab Saudi yang bermazhab Wahhabi menggunakan strategi pemomokan terhadap Syiah (justeru dinamakan sektarianisme) demi melindungi kepentingan Bani Saud mereka. Untuk itu hak asasi minoriti dinafikan.

Sektarianisme ini digunakan dengan pelbagai strategi, termasuk berbentuk kekerasan. Dalam hal ini, Nader memetik tulisan pengkaji Arab Saudi yang tersohor, Madawi al-Rasheed: “In writing about the House of Saud’s reaction to the Arab Spring, Madawi Al-Rasheed observes that ‘sectarianism became a Saudi pre-emptive counter-revolutionary strategy that exaggerates religious difference and hatred and prevents the development of national non-sectarian politics. Through religious discourse and practices, sectarianism in the Saudi context involves not only politicizing religious differences, but also creating a rift between the majority Sunnis and the Shi’a minority’.

“This was made easier when only Shi’as in the Eastern province come out to demonstrate during the Arab Spring, while similar protests in the rest of Saudi Arabia failed to materialize.

“The specter of an Iranian Shi’a/Savafid threat was invoked and the usual Wahabi court ulema were given air time to issue fatwas against public demonstrations and to warn people of the wrath of God that will fall upon those who defied their rulers.

“The security forces were then brought in as backup to restore order via the usual tactics of repression that are common in non-democratic regimes.”

Jika kita menjejaki kerja-kerja akademik mengenai hubungan sektarianisme secara ganas dengan Wahhabi, kita akan menemui banyak kes rujukan baik di Saudi, Bahrain atau Pakistan.

Satu hal yang mungkin kita patut pertimbangkan juga adalah kehilangan dan peregukan darah Amri ada kaitan Wahhabisme, negeri Wahhabi, agamawan Wahhabi, doktrin dan ajaran takfiri Muhamad Abdul Wahab.

Ada kemungkinan, yang harus dicari bukan Saiful Bahari yang dipercayai mempunyai maklumat kehilangan Amri. Kemungkinan paling menjolok mata ialah motivator kehilangan Amri, yang benar-benar mempunyai sebab untuk mereguk darah Amri adalah elemen yang paling dekat dengan Amri di Perlis itu sendiri.

Entiti itu masih bebas, dan masih bermaharajalela dan senang sekali kerana mereka tidak pun dicari. Entiti ini berlindung di sebalik sektarianisme. Dan mereka berasa selamat kerana sektarianisme itu dihalalkan oleh fatwa. Bahkan fatwa sudah menjadi undang-undang.

Semangkuk darah yang direguk akan menuntut setempayan darah lain. Pihak berwajib boleh membetulkan keadaan ini sekarang, dan tidak perlu menunggu ulang tahun keempat kehilangan Amri tahun depan.

Rahmatan lil alamin tajaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa bukan Rahmatan lil alamin ala Riyadh tentunya. Ia juga bukan Rahmatan lil alamin ala Takfiri Deobandi.

Cari dan bertindak sekarang. Kata kunci adalah sektarianisme. Siapa yang paling memainkan sektarianisme ini?

Di situlah ada kejahatan. Di situ ada penculik Amri. Di sana ada pereguk darahnya.
Oii, makanya tunggu apa lagi?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


My comments :

Ok kepada tuan-tuan atau puan-puan yang terlibat dalam kes penculikan (dan barangkali pembunuhan sekali) Amri Che Mat, Pastor Koh, Helmy, Ruth dan sekurang-kurangnya seorang lagi manusia ciptaan Allah swt (ia itu mass murder atau pembunuhan beramai)  tuan-tuan harus faham sedikit berkenaan undang-undang jenayah, terutama sekali Penal Code atau Kanun Kesiksaan.

Sebelum itu tuan-tuan sedia faham kesalahan di sisi undang-undang itu ada dua jenis - kesalahan sivil dan kesalahan jenayah. Sivil maksudnya kes hutang duit, saman malu, kes bankrap, tak bayar sewa dsbnya.  Ini bukan jenayah atau crime dan jika didapati bersalah tidak boleh dipenjarakan, disebat rotan, didera dsbnya. Penyelesaian yang dituntut oleh undang-undang ialah bayaran balik duit atau pampasan yang akan ditetapkan mahkamah. 

Dan semua kes sivil mempunyai tarikh luput atau expiry date ia itu TUJUH atau LAPAN tahun (kalau tak silap saya).  Maksudnya jika ada kes sivil di mana kerbau kepunyaan anda telah melanggar kebun pisang jiran anda dan jiran anda marah dan mengancam untuk saman anda di mahkamah sivil untuk tuntut pampasan kerosakan kepada kebun pisangnya tetapi masa berlalu dan jiran anda tidak melanjutkan sebarang tindakan di mahkamah selama TUJUH tahun, maka selepas TUJUH tahun kes itu akan luput secara otomatik (expiry date).  Dalam bahasa omputih disebut 'statute of limitations'. Oleh kerana jiran anda tidak menuntut haknya untuk saman anda di mahkamah sivil selama TUJUH tahun maka ikut undang-undang negara tempohnya sudah pun tamat. Satu tahun kemudian atau 10 tahun kemudian, jiran anda sudah tidak boleh saman anda lagi berkenaan kes itu. Sudah expiry date.

Tetapi kes jenayah (criminal case) tidak mempunyai tarikh luput. No expiry date. Katakanlah anda dilahirkan pada tahun 1971 (yakni sedang berusia 48 tahun) dan anda telah terlibat dalam kes jenayah terutama sekali jenayah berat seperti menculik orang dan membunuh orang maka selagi anda masih hidup anda boleh didakwa di mahkamah dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman bunuh. 

Jika anda berusia 48 tahun pada hari ini dan katakanlah anda akan berhayat sehingga umur 85 tahun, maka selama itulah anda masih menghadapi risiko boleh ditangkap dan dipenjarakan atau dikenakan hukuman mati. Pendakwaan kes jenayah tidak mempunyai tarikh luput atau expiry date.

Jika pada hari ini anda terlepas daripada ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan, disebabkan anda mendapat perlindungan politik, keadaan itu boleh berubah dalam sekelip mata. 

Ini sudah pun berlaku. Contohnya apabila kerajaan BN tumbang pada 5hb Mei 2018 maka salah seorang anggota SB (Special Branch) yang mengetahui kes Amri Che Mat telah panik dan merasa terdesak untuk berjumpa dengan isteri Amri dan menceritakan kepada si isteri itu apa yang telah berlaku kepada suaminya. 

Keterangan itu telah diterima oleh SUHAKAM sebagai keterangan yang sah dan menjadi penyebab utama bagi SUHAKAM menuding jari ke arah Special Branch atau SB sebagai terlibat dalam penculikan Amri Che Mat dan Pastor Koh (dan barangkali pembunuhan mereka sekali).

Jadi apa yang perlu hanyalah 'political climate' atau 'keadaan politik' yang sesuai yang boleh melihati anda melihat tali gantung didepan biji mata anda.  

Dan oleh kerana pemimpin nyanyuk kita sudah melebihi usia 98 tahun (tidak rasmi tetapi ikut harijadi yang sebenarnya) maka tuan-tuan bolehlah mula kira hari dan bulan sebelum keadaan politik negara akan berubah sekali lagi. Manalah tahu akan terjadi suatu kejutan 'surprise' bagi anda semua.




Dan akhir kalam di sini ada sedikit lagi maklumat berkenaan undang-undang negara Malaysia.  Yang berikut ini adalah Penal Code atau Kanun Kesiksaan (??)






Seksyen 364 Penal Code Malaysia menetapkan hukuman bagi jenayah menculik orang dengan tujuan untuk membunuh. 

Manusia yang jahat  menculik orang atas beberapa sebab seperti meminta wang tebusan (ransom money), untuk memaksa wanita cantik berkahwin dsbnya. 

Tetapi ada juga manusia syaitan dan kuffar yang menculik orang untuk tujuan membunuh mangsa mereka. Perbuatan kafir dan syaitan seperti ini diberi layanan khas oleh Kanun Kesiksaan negara. Inilah Seksyen 364Penal Code  seperti berikut :



Saya berpendapat bahawa LIMA kes culik atau abduction yang telah berlaku itu nawaitunya bukan untuk menculik. 

Saya percaya nawaitu mereka adalah untuk membunuh KELIMA orang yang telah menjadi sasaran. Penculikan atau abduction itu hanya cara atau method untuk mencapai perancangan awal ia itu untuk membunuh kelima orang itu.

Saya yakin geng atau kumpulan yang terbabit telah memikirkan cara-cara untuk membunuh KELIMA mangsa itu, contohnya 

1.  di tembak oleh sniper (too messy, juga terlalu ramai mangsa), 
2. di suntik racun berbisa (terlalu complicated dan berisiko tinggi bagi mereka)
3.  dsbnya

Akhir sekali mereka telah memutuskan untuk menculik dan "menghapuskan" KELIMA mangsa mereka.  

Di sini kita harus faham bahawa mereka yang terlibat pasti telah mendapat persetujuan atau ok daripada  "highest chain of command" untuk approve atau luluskan operasi maut seperti ini.  (Saya curious - apakah nama operasi ini? Cicero tak boleh pakai dah.)

So ingat ya - nawaitu mereka daripada awal bukan untuk menculik. Nawaitu mereka daripada awal lagi adalah untuk membunuh.  

Menculik, tembak dengan sniper, di suntik racun dsbnya cuma cara atau method. 

Maka oleh itulah Seksyen 364 Penal Code Malaysia sangat tepat :

Penal Code Section 364  -   Kidnapping or abducting in order to murder

364. Whoever kidnaps or abducts any person in order that such person may be murdered, or may be so disposed of as to be put in danger of being murdered

Dan apakah hukuman bagi perbuatan syaitan ini ? Inilah dia :

".. shall be punished with death or imprisonment for a term which may extend to *thirty years and shall, if he is not sentenced to death, also be liable to whipping."

Mereka yang terlibat boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.  Atau dipenjarakan selama 30 tahun dan juga disebat dengan rotan.

Jadi oleh kerana KELIMA mangsa itu telah pun diculik dan kemungkinan besar telah dibunuh maka sudah jadi too late atau terlewat untuk mengubah keadaan.

Maka sesiapa geng yang terlibat dalam kesemua kes ini tuan-tuan tunggu sajalah. Satu hari nanti apabila pemimpin nyanyuk sudah tiada lagi, bila geng bugis dan jawa sudah masuk penjara, atau kerajaan berubah sekali lagi, lewat pada satu malam nanti tuan-tuan akan dengar ketukan di pintu.  

Tuan-tuan akan menghadapi risiko ini sampai akhir hayat masing-masing. 30 tahun lagi, 40 tahun lagi, mana tahu?

Jadi apakah tuan-tuan perlu buat? Caranya mudah saja. Lebih baik bagi tuan-tuan membuat pengakuan kepada pihak berkuasa undang-undang. Jumpalah peguam (swasta atau DPP di pejabat Pendakwa Raya) dan buatlah pengakuan yang sebenarnya dan mintalah nasihat peguam. 

Jangan buat sebarang pengakuan kepada rakan-reakan se-pejabat. 
Saya rasa itu bukan satu tindakan yang cerdik.  

Mengaku sahaja perbuatan jenayah tuan-tuan dan mintalah diringankan beban hukuman.  Ini Malaysia, semuanya boleh dibincang. 

Jangan pula marah orang lain ok. You committed the crime. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.