`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 4, 2019

Kementerian pandang serius dakwaan kurang guru, isu bersifat sementara

Kementerian Pendidikan berkata sedang melaksanakan pelantikan guru secara interim dalam kalangan graduan pendidikan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Sambil mendakwa memandang serius dakwan wujud kekurangan guru, Kementerian Pendidikan berkata isu kekurangan guru adalah bersifat sementara.
Dalam kenyataan dikeluarkan, kemeneterian berkata perkara itu berlaku, antara lain disebabkan faktor luar jangka seperti persaraan pilihan, meninggal dunia, cuti separuh gaji dan tanpa gaji yang melebihi setahun, kursus yang melebihi setahun, ditamatkan perkhidmatan dan berhenti kerja atau letak jawatan.
Kata kementerian, pihaknya juga melaksanakan pelantikan guru secara interim dalam
kalangan graduan pendidikan daripada universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta dan graduan pasaran terbuka bagi mengatasi isu kekurangan guru bagi mata pelajaran tertentu.
Kementerian juga ingin menegaskan bahawa pengisian guru adalah berdasarkan keperluan dan tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kata kenyataan itu mengulas laporan media baru-baru ini berkaitan kekurangan guru di sekolah.
“Dakwaan yang mengatakan kekurangan guru berlaku kerana tiada unjuran keperluan guru adalah tidak tepat,” kata Kementerian Pendidikan.
Kementerian menjelaskan sehingga bulan lalu, pengisian jawatan guru adalah 97%.
“Kementerian melaksanakan pengisian guru dari semasa ke semasa dalam kalangan graduan pendidikan lepasan Institut Pendidikan Guru atau UA tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran menerusi urusan pelantikan kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang dijalankan sepanjang tahun,” kata kementerian lagi.
Malah katanya, pengiraan unjuran sentiasa dilakukan untuk tempoh lima tahun dengan mengambil kira pelbagai opsyen dan jenis sekolah di seluruh negara.
“Pengambilan pelajar ke Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan adalah berdasarkan pengiraan unjuran yang ditetapkan oleh KPM,” jelas kementerian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.