`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 2, 2019

Malaysia kekal titik transit kumpulan pengganas, kata laporan AS

Malaysia menjalankan operasi bersama dengan AS dan pihak lain bagi meningkatkan kemampuan keselamatan sempadan di lapangan terbang dan di Laut Sulu.
PETALING JAYA: Malaysia kekal sebagai “sumber dan titik transit” kumpulan pengganas seperti IS, Abu Sayyaf, al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah, menurut satu laporan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai terorisme pada 2018.
Laporan “Country Reports on Terrorsime 2018” yang diterbitkan semalam, mengambil maklum tentang usaha Malaysia menentang terorisme melalui pelbagai cara, termasuk pemantauan media sosial, kawalan sempadan dan undang-undang bagi menyekat aktiviti pembiayaan terorisme.
Ini termasuklah arahan Bank Negara Malaysia (BNM), iaitu Rangka Kerja Dasar Mata Wang Digital Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
Laporan itu menyebut walaupun tidak berlaku serangan berkait IS di Malaysia tahun lepas, namun penyokong IS yang disyaki berasal dari Turki dan individu yang bergerak ke selatan Filipina bagi menyokong kumpulan sekutu IS menggunakan Malaysia sebagai titik transit.
“Malaysia memantau, menangkap, menghantar pulang dan membicarakan individu disyaki menyokong kumpulan pengganas,” kata laporan berkenaan.
Menurut laporan itu lagi, tahun lepas polis menahan 20 individu di Sabah kerana didakwa terlibat kegiatan berkait keganasan, termasuk menyeludup masuk militan ke selatan Filipina, membantu operasi menculik, merekrut kanak-kanak sebagai militan dan perisai manusia, serta menyertai perbuatan memenggal kepala oleh Abu Sayyaf.
“Malaysia juga menjalankan operasi bersama dengan AS dan pihak lain bagi meningkatkan kemampuan keselamatan sempadan di lapangan terbang dan di Laut Sulu bagi mencegah penyaluran mesej pengganas di media sosial, serta meningkatkan pendakwaan pengganas.”
Laporan berkenaan merujuk kepada empat insiden berkait pengganas yang berlaku di Malaysia pada 2018.
Ia termasuklah percubaan menculik di perairan Malaysia yang gagal pada Ogos, penculikan dua nelayan Indonesia di pantai Semporna, Sabah pada 11 Sept; pembunuhan dua anggota kumpulan penculik untuk tebusan berdekatan Kunak, Sabah pada 20 Sept dan penculikan tiga kru warga Malaysia sebuah bot tunda berhampiran Terumbu Pegasus, Sabah.
Laporan itu menyebut bahawa Malaysia terus menyokong usaha pencegahan terorisme dalam pelbagai pertubuhan wilayah dan pelbagai hala serta acara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.