`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 23, 2020

Kenapa staff Universiti lain tak dapat "angpow" RM600 seperti Kolej UTAR? -Najib

tokei kedai


Bekas Perdana Menteri DS Najib mempersoal mengenai pemberian angpow "duit raya" kepada staff Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) sebanyak RM600 setiap seorang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau hairan kenapa hanya satu kolej itu sahaja yang diberi "duit raya", kenapa tidak juga diberi kepada staff-staff Universiti lain?

Berikut adalah posting Najib di Facebook:
Semalam saya tulis tentang persatuan alumni kroni yang menggunakan sebahagian dari peruntukan RM40 juta setahun diterima oleh mereka dari Guan eng untuk membayar angpao RM600 seorang kepada 2,000 staff Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR).

Link: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156677358915952

Rupanya kenyataan media persatuan alumni tersebut mengesahkan bahawa bayaran angpow ini adalah dengan izin dan kebenaran Guan Eng sendiri.

Saya tidak ada masalah jika kerajaan mahu hadiahkan wang RM600 angpow seorang kepada staff KUTAR.

Tetapi adakah kerajaan PH akan beri angpow RM600 seorang juga kepada semua staff untuk semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta dalam negara.

Bayarlah angpao RM600 seorang kepada semua staff-staff universiti yang lain dalam negara juga.

Perlu adil untuk semua.

Kenapa hanya staf KUTAR yang dapat angpao RM600 seorang?

Staff universiti-universiti lain tak ada?

Kenapa hanya persatuan KUTAR dapat perruntukan RM40 juta setahun dari Guan Eng?

Persatuan alumni universiti-universiti lain tak dapat?

LINK: Ke posting DS Najib.

-Tun Carlos

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.