`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 13, 2020

KPN: Dedah Rakaman Audio, Latheefa Koya Akan Dipanggil Ke Bukit Aman

(FMT) – Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan sudah menerima 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dikatakan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa individu lain.
Abdul Hamid berkata, siasatan dijalankan membabitkan semua sudut, termasuk memastikan ketulenan rakaman itu dan akan memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
“Siasatan yang dijalankan dibuat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, iaitu penjawat awam mendedahkan siasatan rasmi kepada pihak tidak sepatutnya.
“Seksyen 218 Kanun Keseksaan pula ialah penjawat awam membentuk rekod atau tulisan yang tidak betul untuk selamatkan seseorang daripada hukuman,” katanya dalam sidang media, di Bukit Aman, hari ini.
Pada satu sidang akhbar Rabu lepas, Latheefa mendedahkan rakaman audio dikatakan membabitkan Najib dan 7 individu lain berkait skandal 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC Internatonal.
Rakaman selama 45 minit itu diperdengarkan kepada umum pada sidang media di Putrajaya.
Latheefa berkata, rakaman audio itu diterima pihaknya beberapa hari sebelum itu membabitkan dakwaan salah guna kuasa, konspirasi jenayah, selain merupakan percubaan untuk menutup keadilan.
Rakaman perbualan telefon itu dikatakan berlaku pada Jan, Feb dan Jul 2016.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.