`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 16, 2020

PH baru lanjut tol PLUS hingga 2058, kata Najib

Pada 2017, PLUS dilaporkan berkata, berdasarkan perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011, kutipan tol dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2038.
PETALING JAYA: Najib Razak berkata, kerajaan Pakatan Harapan baru melanjutkan konsesi PLUS Malaysia Berhad selama 20 tahun lagi sehingga 2058, susulan keputusan Kabinet tidak menjual kepentingan dalam pengendali lebuh raya terpanjang di negara ini.
Bekas perdana menteri itu mengingatkan kerajaan PH mengenai janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 yang berjanji untuk memansuhkan tol.
Beliau menerusi catatan di Facebook memuat naik satu video setiausaha publisiti DAP, Tony Pua sebelum PRU14 pada 2018 yang mendakwa Najib pernah berkata, kos membeli konsesi lebuh raya sangat mahal dan kerajaan akan bankrap jika berbuat demikian.
Dalam klip video 2 minit 10 saat itu, Pua yang juga ahli Parlimen Damansara dan setiausaha politik menteri kewangan berkata, kerajaan PH boleh memansuhkan tol kerana kos membeli lebuh raya lebih murah berbanding pampasan berbilion ringgit untuk membekukan kenaikan kadar tol.
Selain konsesi PLUS, Najib berkata, kerajaan juga baru membenarkan pengendali Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mengutip tol selama 43 tahun sehingga 19 Dis 2063.
“Kerajaan PH baru lanjutkan tol PLUS selama 20 tahun lagi ke tahun 2058. Anda (dan saya) masih ada tak tahun 2058?
“Anda tahu tak kerajaan PH juga telah tetapkan kadar tol baru untuk Lebuhraya WCE dan wartakan kutipan tol WCE boleh bermula semalam?
“Apa komen Tony? Benar-benar mengarut ya?” soalnya kepada Pua.
Terdahulu Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, mesyuarat Kabinet semalam memutuskan Lebuhraya PLUS kekal milik Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Tetapi katanya, PLUS perlu mengurangkan kadar tol sebanyak 18% mulai tahun ini dan tiada kenaikan untuk 30 tahun.
Pada 2017, PLUS dilaporkan berkata, berdasarkan perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011, kutipan tol dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2038.
Katanya, perjanjian konsesi 2011 yang distrukturkan semula susulan penswastaan PLUS pada tahun sama, menyaksikan kutipan di semua plaza tol milik PLUS diselaraskan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.