`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 11, 2020

1 pekerja Sirim di Shah Alam positif Covid-19

Sirim berkata, kawasan terjejas dan perkarangan awam di ibu pejabatnya di Shah Alam sudah disanitasi. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM: Sirim Berhad mengesahkan seorang pekerjanya di ibu pejabat di sini positif Covid-19 semalam.
Syarikat itu berkata, ia sudah mengambil langkah pencegahan dan proaktif bagi mengelakkan sebarang risiko penularan virus itu, walaupun pejabat lain belum terjejas.
“Pekerja yang berhubung rapat dengan petugas itu telah menjalani ujian seperti yang digariskan Kementerian Kesihatan dan kuarantin diri selama 14 hari.
“Kawasan yang terjejas itu dan perkarangan awam telah disanitasi. Kami juga mengambil langkah tambahan seperti menyediakan cecair pencuci tangan di kawasan awam dalam persekitaran bangunan Sirim di sini dan di pejabat Sirim negeri.
“Semua pelawat dikehendaki melalui ujian pengimbas di semua tempat masuk serta kerap menjaga kebersihan dan menjauhi kawasan sesak dan awam setiap hari.
“Kami akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman Covid-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan petugas, pelanggan dan pemegang saham kami,” kata Sirim dalam kenyataan hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.