(Malaysia Gazette) – Kerajaan yang ada hari ini tidak stabil memandangkan ada cubaan memujuk beberapa ahli parlimen PKR untuk menyertai kerajaan dengan ditawarkan pelbagai imbuhan.
“Pada hemat saya ini menjawab persoalan betapa kerajaan tidak begitu efektif dalam mengurus krisis yang melanda negara hari ini.
“Nasihat saya, hentikan politik jelek ini dan beri perhatian serius urus kemelut yang menjejaskan warga dan negara,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam status Facebooknya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh Martin Soong dari CNBC International.
“Saya beritahu Martin bahawa prioriti saya kini adalah bagaimana harus kita mendepani dampak Covid-19 kepada ekonomi dan bagaimana dapat kita bantu mereka yang paling terkesan yakni yang miskin dan yang melarat.
“Saya mengulangi pendirian PH bahawa kami mendukung segala usaha kerajaan dalam menangani kemelut ini.
“Saya tegaskan peranan kami sebagai pembangkang adalah memastikan semak imbang itu wujud dan juga langkah-langkah sewajarnya diambil. Turut ditekankan juga bahawa kelas pekerja dan keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik wajar diberi bantuan kewangan tatkala krisis menghimpit,” ujarnya lagi.
Yes there a lot of peoples, families which unable to purchased groceries to keep. PM what are you to do about it. Let them be like you left out opposition states in your corvid meeting?
ReplyDelete