`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 19, 2020

Berita Baik Dari Negeri China


1. Gambar berikut menunjukkan bantuan peralatan medical untuk merawat jangkitan Corona Virus yang telah dihantar oleh negeri China ke Malaysia. Saya diberi faham peralatan itu dihantar ke Hospital Sg Buloh pada hari ini.

Setelah berjaya menangani jangkitan Corona virus ini China mula menghantar doctor dan kakitangan pakar ke negara lain (termasuk Malaysia) untuk membantu dengan pencegahan dan membanteras jangkitan Corona Virus.








2. Video (dalam Bahasa Melayu) berikut yang dirakam di Beijing menunjukkan seorang gadis China memberi nasihat kepada kita di Malaysia berkenaan cara-cara mengatasi jangkitan Corona Virus. Gadis molek ini fasih berbahasa Melayu dan rujuk Kuala Lumpur sebagai KL.  



Menurut berita terkini beribu kakitangan perubatan (doctor, nurse dsbnya) sedang balik ke tempat asal mereka di China setelah selesai merawat jangkitan Corona Virus di Wuhan. 

Kerajaan negeri China dan penduduk Wuhan memberi penghormatan dan menunjukkan terima kasih mereka kepada pasukan doctor dan nurse ini. 

Mereka telah datang dari wilayah lain di negeri China  dan telah menetap di Wuhan selama dua bulan untuk membantu keadaan di sana. 

Kepulangan mereka juga menjadi bukti bahawa jangkitan Corona Virus di China telah pun dapat dikawal dengan berjaya. 

Maksudnya jika kita mengambil tindakan yang serupa seperti China kita pun boleh mengatasi jangkitan Corona virus ini dengan cepat dan  selamat.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.