`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 17, 2020

FROM THE FRYING PAN INTO THE FIRES OF HELL – OMG! MALAYSIA IN THE HANDS OF ANOTHER ERRATIC EGOMANIAC – ‘MUHYIDDIN’S EGO MORE MASSIVE THAN EVEN MAHATHIR’S’: ‘INI ORANG BESARRR PUNYA EGO’

Semakin hari semakin kuat kedengaran suara tidak puas daripada UMNO berhubung susunan kabinet oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Setelah beberapa pemimpin UMNO bersuara meluahkan rasa tidak puas hari mereka, paling terbaru, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan juga mempunyai pendirian yang sama.
Kata beliau, sebagai blok terbesar dalam Perikatan Nasional, UMNO telah diketepikan secara tidak adil oleh Muhyiddin dalam lantikan yang dibuatnya.
“Keanggotaan kabinet secara jelas memberi manfaat yang besar kepada Azmin Ali yang bukan saja semua kumpulannya beroleh jawatan menteri dan timbalan menteri, malah bekas Timbalan Presiden PKR itu juga seolah-olah TPM dalam Perikatan Nasional,” tegas bekas MB Negeri Sembilan itu lagi.
Tambah beliau, walaupun bukan ‘kepentingan paling afdhal’ untuk UMNO diberikan kedudukan yang banyak dan kanan, tetapi adalah mustahak bagi Muhyiddin mengikut saiz perwakilan parti dalam lantikan yang dibuatnya.
Soalnya, dengan seorang demi seorang pemimpin UMNO bersuara meluahkan tidak puas hati terhadap Muhyiddin berhubung lantikan kabinet yang dibuatnya, adakah beliau selaku Perdana Menteri sedia mendengar rungutan mereka itu?
Adakah juga Muhyiddin sedia membuat rombakan semula bagi memenuhi rasa tidak puas hati dan rungutan UMNO itu?
Berdasarkan tinjauan dengan beberapa individu yang pernah kenal rapat dengan Muhyiddin, termasuk mereka yang pernah bekerja dengannya, adalah disimpulkan bahawa Muhyiddin tidak akan tunduk kepada semua rungutan dan tekanan itu.
Apabila sudah membuat keputusan, itulah pendirian Muhyiddin dan beliau tidak akan sesekali mengubahnya.
Kenapa Muhyiddin bersikap begitu?
Sebenarnya, bagi mereka yang kenal rapat atau pernah bekerja dengannya, Muhyiddin dikenali sebagai seorang yang mempunyai ego yang sangat besar dan selalu menganggap keputusannya adalah betul belaka.
Ketika menjadi menteri, beliau paling pantang jika cakapnya tidak didengari, dibantah atau ada orang lain yang cuba mengajarnya dalam membuat keputusan.
“Ini orang besarrr punya ego,” kata seseorang yang pernah bekerja dengannya.
Bahkan, tambah beliau, ego Muhyiddin jauh lebih besar daripada ego Tun Mahathir Mohamad.
Kata seseorang yang tak mahu disebut namanya itu, jika Tun Mahathir diketahui masih sudi mendengar pandangan yang berbeza, malah kadangkala mengubah keputusannya, tetapi Muhyiddin jarang sekali berbuat demikian.
Ketika menjadi menteri, beliau pernah menegur seorang pegawai kanan kerajaan yang terlalu banyak bercakap dan memberi pandangan kepadanya.
Kata Muhyiddin kepada pegawai berkenaan, “awak jangan banyak sangat bercakap, hanya jika saya suruh bercakap, barulah awak perlu bercakap.”
Seorang pegawai bawahannya yang suka memberi pandangan kepadanya juga pernah ditegur Muhyiddon dengan perkataan – “awak menteri ke saya menteri”?
Pendeknya, mereka yang kenal dan pernah bekerja dengan Muhyiddin tahu benar perangai dan tabiat semulajadinya.
Mendengar pandangan yang berbeza pun beliau tidak suka kerana egonya menjadikan beliau berasakan dirinya sentiasa betul, mendesaknya mengubah keputusan yang sudah dibuat tentulah lebih mustahil lagi.
Kalau ketika menjadi menteri pun, egonya sudah sangat tinggi, setelah memegang jawatan Perdana Menteri sekarang ini, pastilah ketinggian egonya tambah-tambah mencanak dan mungkin seringgi KLCC.
Maka itu, setelah beliau membuat keputusan melantik menteri-menterinya, janganlah ada sesiapa cuba menegur, membantah atau mengajarnya bagaimana membuat keputusan yang betul dan adil.
Semua itu tidak akan dipedulikannya dan hanya ibarat “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri” saja baginya.
Bagi Muhyiddin, bukan saja sebagai menteri sebelum ini, tambahan lagi setelah sekarang jadi Perdana Menteri, kata-kata dan keputusannya adalah titah yang mesti dipatuhi.
Dalam hal ini, kesian pun ada kepada nasib yang menimpa UMNO dan sanggupkah mereka bertahan dengan keegoan Muhyiddin sehingga PRU15 akan datang?
-https://shahbudindotcom.net/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.