`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 24, 2020

Keadaan Di Selayang-gong Ibukota Rohingya

Negeri Bengal di India adalah tanah air bagi bangsa yang dinamakan Bengali.

Ibu negerinya Calcutta menjadi cultural and linguistic capital bagi semua orang Bengali di India (yang termasuk Hindu dan Islam).  

107 tahun dahulu pada 1913 Rabindranath Tagore, seorang penyair dan penulis Bengali yang dilahirkan di Calcutta telah menjadi sastrawan 'bukan kulit putih' yang pertama dianugerahkan Nobel Prize in Literature. 

Bangsa Bengali ini mempunyai sejarah 'literary history' yang jauh lebih lama daripada bangsa Eropah. Mereka mempunyai buku tertulis yang berusia 1000 tahun (Charyapada buku mantera Buddha).

Pada tahun 1947 daerah timur negeri Bengal ini dipisahkan untuk menjadi negara baru East Pakistan.  27 tahun kemudian pada 1974 East Pakistan telah memenangi 'kemerdekaan' daripada West Pakistan dan terus menjadi negara nama baru Bangladesh.  Dhaka di Bangladesh 'terpaksa' menjadi ibukota bagi kaum Bangladesh Islam pula.





Jumlah bilangan kaum Bengali ini sekarang menghampiri 400 juta orang.  300 juta menjadi penduduk Bangladesh manakala hampir 100 juta orang Bengali menjadi penduduk di Bengal, India. Majoritinya beragama Islam dan hampir 75 juta beragama Hindu (di India). 

Serupa dengan bangsa lain, kaum Bengali mempunyai perbezaan dalam pelat bahasa (dialect) dan budaya 'ke-daerahan' (selain daripada perbezaan agama).

Chittagong di penjuru timur Bangladesh mempunyai 'dialect' atau pelat bahasa yang berbeza (sedikit serupa dengan pelat kenegerian di Semenanjung).  

Chittagong juga adalah "cultural capital" bagi orang Rohingya. Rohingya sebenarnya adalah bangsa Bengali.

Di Chittagong, tidak ada sesiapa pun orang Bengali menggelar diri mereka 'Rohingya'.  Rohingya hanya nama "politik" bagi orang Bengali yang duduk di seberang "sempadan" di Myanmar.

Yang berikut ini adalah video (oleh Malaysian Gazette?) yang menunjukkan orang Rohingya yang begitu ramai sekali di kawasan Selayang di Kuala Lumpur.  Oleh kerana mereka Islam maka mereka bakal menjadi 'Melayu' dan 'bumiputera' baru. 

Oleh kerana mereka duduk berkelumpuk seperti ini (di rantau asing) mereka masih belum memahami dengan penuh 'adat kehidupan orang Malaysia'.

Tetapi oleh kerana orang Malaysia sendiri mungkin masih keliru apa itu 'adat kehidupan orang Malaysia'  maka kaum Rohingya lebih selesa dengan cara-cara mereka. 





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.