`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 12, 2020

Masjid Sri Petaling akan ditutup untuk proses disinfeksi

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
KUALA LUMPUR: Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur akan ditutup sementara dalam masa terdekat bagi membolehkan proses disinfeksi dijalankan berikutan seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif Covid-19.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba sehubungan itu menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tersebut supaya menjalankan ujian saringan dengan segera sekiranya mengalami gejala.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di ruang lobi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini selepas mengadakan lawatan di wad persediaan untuk menempatkan pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.