1. Tuan tuan sila perhatikan doktor, jururawat dan kakitangan hospital terpaksa menggunakan kreativiti mereka untuk memotong plastic tong sampah (trash liner) untuk membuat pakaian 'personal protection' sewaktu merawat pesakit virus korona.
Kementerian Kesihatan kekurangan PPE (Personal Protection Gear) kerana bekalan makin meruncing, tiada cukup peruntukan atau apa kah sebabnya?
Ke mana pergi wang kita?
Semoga Allah swt melindungi dan membimbing anak-anak muda kita yang sungguh berani dan bertekad dalam menjalankan tugas. Allahuma solli alaikum.

2. Dalam video berikut pula kita boleh melihat di negeri India mereka sudah mampu menyediakan robot yang boleh mengambil alih tugas membantu pesakit dan pelawat ke hospital membersihkan tangan dengan memberi mereka hand sanitiser, tisu dsbnya. Robot juga boleh menjawab soalan berkenaan jangkitan virus korona. Lihat dan dengar lah sendiri.
3. Yang berikut pula seorang YB yang kaya yang lebih selesa memberi "nasihat mengikut kepakarannya" sewaktu berenang separuh bogel dalam kolam renangnya. Jenis makhluk ini begitu 'insensitive' terhadap kesusahan yang sedang dialami ramai orang dalam negara kita - bukan saja mangsa virus korona tetapi juga kakitangan hospital dan perubatan yang bertarung nyawa untuk merawat jangkitan korona.
4. Negara kita menghadapi masalah yang sangat besar.
Pandemik Corona Virus ini sedang menyuluhkan keadaan yang begitu lemah dan dhaif masyarakat dan negara kita. Jelas sekali semua lapisan masyarakat terutama sekali golongan yang menduduki tangga tertinggi dalam negara - ia itu pimpinan kerajaan, pimpinan politik, agama, ekonomi, pendidik dan semuanya tidak dapat memberi bimbingan dan bantuan yang masyarakat mengharapkan daripada mereka.
Walaupun begitu banyak sekolah dan university dalam negara kita, jelas bahawa untuk mengatasi keadaan genting dan gawat ini, university dan sekolah itu tidak dapa membantu kita dengan berkesan. Dalam wabak virus korona ini kita boleh nampak jelas bahawa rakyat kita sedang rugi besar.
Masyarakat negara lain pula tidak ditimpa kesulitan dan kedangkalan pada tahap yang sama. Walaupun semua negara dilanda wabak korona mereka boleh mengatasinya dengan kepakaran dan kepandaian yang lebih baik.
Walaupun India masih negara miskin tetapi para doctor dan pakar farmasi mereka mempunyai kebolehan dalam bidang perubatan tahap world class. India sudah mampu mengubati pesakit korona mengikut cara yang dipelopori doctor pakar mereka sendiri yang diikuti doctor di seluruh dunia. Mereka mempunyai robot yang boleh menjawab soalan berkenaan virus korona.
Di negara kita pula jelaslah berpuluhan bilion Ringgit duit rakyat yang dibelanjakan untuk mendidik negara tidak memberi kesan yang setimpal atau padan dengan berbillion Ringgit yang sudah dibelanjakan.
Sistem Pendidikan sanggup menjaga anak daripada jam tujuh pagi hingga waktu tengah hari untuk mudahkan ibu masak di rumah tanpa diganggu atau untuk ibu keluar mencari rezeki bersama ayah. Itu saja.
Pendidikan tahap university pun tidak membantu masyarakat kita serupa seperti university di negara lain. Menteri Kesihatan yang kelulusan doctor menyuruh orang minum air suam untuk mengelak jangkitan korona.
Tuan-tuan something is very, very wrong.
Berpuluhan billion Ringgit duit kita itu sebenarnya sudah jadi bazir. Pemimpin politik pula MALU APA mengaku mempunyai berbillion Ringgit dalam akaun mereka. Pemimpin yang agak 'miskin' pun isytiharkan harta mereka hampir satu billion Ringgit. Yang haprak pun berenang dalam kolam renang di rumah.
Untuk memperbodohkan rakyat mereka mengupah puak-puak agama dan juga golongan yang 'tidak boleh ditegur sewenangnya'. Agama dan retorik 'bangsa' dijadikan umpan dan candu untuk memukau rakyat negara.
Sekolah disediakan dan berpuluhan 'A' Cemerlang dikurniakan untuk ibu bapa merasa seronok dengan pencapaian anak-anak.
Universiti disediakan untuk mengeluarkan graduan yang bakal jadi usahawan Grab Food.
Segalanya diagamakan, dibaca doakan, ditudungkan, dihalalkan dsbnya untuk mencandukan rakyat dengan agama. Biarlah kami jaminkan akhirat bagi anda semua.
Puak agama dirasuah dengan jawatan, dengan peruntukan, dengan kereta Mercedi ataupun dengan wang tunai dalam beg. Puak yang tidak boleh ditegur disumbat mulut mereka dengan tanah simpanan, tanah balak, projek besar dan duit besar. Cash is king.

Tuan-tuan negara kita sebenarnya perlukan revolusi yang sangat besar. Bukan jenis revolusi yang lari berkeliaran di tepi jalan atau yang menuntut ditambahkan lagi overdose agama atau overdose pimpinan jenis 'ke-bangsa-an'.
Negara kita perlukan revolusi mental yang sangat urgent. Kita perlu overhaul keseluruhan cara kita memikirkan perkara-perkara berkaitan kehidupan harian kita.
Kita perlu overhaul cara kita mendengar, memahami dan menimbang apa pun yang diluahkan oleh orang yang diberi tanggungjawab untuk bertanggungjawab ke atas kita.
Rakyat negara ini telah ditipu bulat-bulat oleh semua orang yang duduk di atas mereka. Soalannya sampai bila lagi kita akan terus ditipu?

Makhluk dari kinabatangan yg tidak sensitif pada kesusahan rakyat. Begitu cara memberi tunjuk ajar kepada masyarakat. Menunjuk nunjuk yg rumahnya ada kolam renang. Mana kematangan? Harap2 dakwaan keatas dia melekat macam virus corona.
ReplyDelete