`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 22, 2020

Pergerakan antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak tidak dibenar ketika ini, kata Wisma Putra

Menurut Kementerian Luar rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura juga tidak dibenarkan berulang alik sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
KUALA LUMPUR: Pergerakan dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak dan sebaliknya adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menurut Kementerian Luar Negeri.
Dalam satu kenyataan menjawab soalan lazim (FAQ) mengenai PKP, kementerian itu memaklumkan sebarang pergerakan dalam semenanjung boleh dirujuk kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri.
“Penerbangan dari (atau) ke Semenanjung Malaysia ke/dari Sabah dan Sarawak adalah tidak dibenarkan, sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menekankan sebarang perubahan atau keputusan oleh kerajaan berhubung pelaksanaan PKP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kementerian itu juga menyatakan tiada warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia dalam tempoh PKP kecuali bagi warganegara asing berstatus diplomat, yang berkhidmat di negara ini berserta tanggungan mereka.
“Diplomat asing dan tanggungan mereka adalah dibenarkan untuk memasuki dan meninggalkan Malaysia semasa perintah ini berkuat kuasa dan disyaratkan membuat kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
“Bagi pegawai kerajaan asing yang bukan berstatus diplomat (yang menetap di Malaysia) juga dibenarkan memasuki atau meninggalkan Malaysia dengan syarat dokumen penggajian dapat dibuktikan semasa kemasukan ke Malaysia,” jelasnya.
Selain itu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura juga tidak dibenarkan berulang alik.
Warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang mempunyai permit kerja sah di Singapura dibenarkan keluar ke negara itu untuk bekerja dengan syarat mempunyai surat panggilan kerja daripada majikan, serta persetujuan bertulis bahawa kemudahan penginapan disediakan oleh majikan di sana sehingga 31 Mac ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.