`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 5, 2020

Perlembagaan PKR tak paksa pemimpin nyata sokongan pada presiden, kata ketua Puteri

Nurainie Haziqah Shafii antara individu yang didesak sebahagian ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat untuk menyuarakan pendiriannya terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan mana-mana parti yang mewajibkan ketua Wanita dan timbalannya perlu menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, kata Ketua Puteri PKR, Nurainie Haziqah Shafii.
“Tidak ada keperluan dalam mana-mana peruntukan perlembagaan (parti) untuk ketua Wanita menyatakan pendirian, sokongan kepada presiden.
“Presiden menang tanpa bertanding, menunjukkan sokongan keseluruhan PKR. Kesetiaan pada parti kekal,” katanya ringkas kepada FMT susulan desakan sebahagian ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat untuk Ketua Wanita, Haniza Mohd Talha dan Timbalannya, Dr Daroyah Alwi menyatakan pendirian terhadap kepimpinan Anwar.
Mereka turut mendesak Nurainie dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat lain, iaitu Catherine Jok Uvang, Ginie Lim Siew Lin (Adun Machap Jaya), Juwairiya Zulkifli (Adun Bukit Melawati), C Kavitha, Nor Ashidah Ibrahim, Haziqah Shafii, Nurul Hajar Mardhiah dan S Shoba menyatakan pendirian masing-masing.
Sehingga kini, Haniza dan Daroyah masih tidak menyatakan sebarang pendirian atau sokongan kepada Anwar.

Pada 24 Feb lalu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pemecatan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin kerana pengkhianatan terbuka yang menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.