`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 4, 2020

Rahsia Sebab Apa Mahathir Benci Sangat Dengan Najib

Najib Razak
Ramai yang tanya kenapa PM4 dan PM7 amat dengki dengan saya.
Kenapa dia selalu fitnah saya, meburuk-burukkan saya dan menyalahkan saya sebelum dan selepas PRU14.
Pelbagai gelaran diberi oleh dia terhadap saya. Berulang-ulang dia sebut.
“Penyamun. Perompak. Penyanggak. Pembunuh. Penzina”
Selama ini saya bertahan.
Saya cuba untuk tutup mulut kerana saya masih menghormati dia.
Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua.
Lebih-lebih lagi, saya tidak boleh menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana ianya dia pernah menyokong saya menjadi Perdana Menteri.

Memang benar saya tak sokong anak dia dalam pemilihan Umno

Namun, saya berpendapat dia tidak akan henti untuk menghina, membenci dan memfitnah saya.

Minggu lepas, dia melampau batas sekali lagi di dalam mesyuarat dalaman dengan pemuda PPBM yang mereka tersilap siarkan secara live dalam FB.
Di dalam siaran tersebut, PM ke-7i mengaku bahawa sebab utama PPBM diwujudkan dan kenapa dia berpakat dengan DAP ialah untuk menjatuhkan saya.
Lepas itu, PM 7i sekali lagi mengulangkan fitnah-fitnah dia terhadap saya termasuk menggelarkan saya sebagai pembunuh dan penzina.
Oleh itu, saya rasa ianya tiba masa untuk Rakyat Malaysia mengetahui cerita sebenar kenapa dia amat benci dengan saya.
Apa yang berlaku selepas dia menjadi PM ke-7 juga merupakan petunjuk kenapa dia benci saya.

“Penyamun. Perompak. Penyanggak. Pembunuh. Penzina”

Ada yang kata PM ke-4 tidak suka dengan saya kerana saya tak sokong anak dia dalam pemilihan UMNO pada akhir tahun 2013 selepas PRU13 untuk menjadi Naib Presiden.
Memang benar bahawa saya tak sokong dia dalam pemilihan tersebut.
Kerana masa itu, saya baru lantik dia menjadi Menteri Besar Kedah.
(Saya sendiri pernah menjawat sebagai Menteri Besar Pahang selama 5 tahun sebelum melangkah ke kerajaan persekutuan.)
Sebelum dilantik Menteri Besar Kedah, anak dia tidak pernah menjadi Menteri penuh – tetapi sekadar Timbalan Menteri sahaja.

Mereka menyalahkan saya kerana Mukhriz kalah pemilihan

Sebab itu, pendapat saya ialah dia patut mengambil peluang untuk berjasa sebagai Menteri Besar untuk menambah pengalaman terlebih dahulu.
Namun, mereka tidak bersependapat dengan saya dan secara tiba-tiba anak PM ke-4 umum dia akan bertanding sebagai Naib Presiden UMNO.
Selepas mereka kalah tipis dalam pemilihan, mereka menyalahkan saya kerana saya tidak menyokong.
Selepas pemilihan tersebut, PM ke-4 marah sehingga meletakkan jawatannya sebagai penasihat PETRONAS pada 2 Disember 2013 – iaitu semasa perhimpunan Agong UMNO 2013.

Tun Mahathir lepaskan jawatan penasihat Petronas

(Memang corak dia untuk letak jawatan apabila dia terlalu marah. Alasan yang diberikan dia kenapa letak jawatan masa itu ialah dia tak sihat kerana sudah terlalu tua. Namun, dia mengambil jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Proton dua bulan kemudian pulak.)
Selain kes anak dia kalah dalam pemilihan, ada beberapa lagi sebab utama kenapa PM ke-4 marah dengan saya.
Saya rasa cara terbaik ialah untuk menjelaskan ialah untuk menggunakan alasan-alasan yang dia sendiri beri pada bulan Ogos 2014 apabila dia umumkan secara rasmi bahawa dia tidak lagi sokong saya.
Masa itu, dia tak pernah menyebut 1MDB ataupun menuduh saya sebagai perompak, penyamun, pembunuh atau penyangak sebagai alasan kenapa dia tarik sokongan terhadap saya.
Alasan utama yang dia beri ialah dia tidak bersetuju dengan saya dan tak berjaya mengubah keputusan saya sebagai PM.

Cuba baca alasan-asalan dia masa itu kenapa dia tarik sokongan.
18 Aug 2014: MENEGUR

Saya akan jelaskan satu-persatu.
“23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13.
Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.”
“24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.”
NAJIB: Selepas dia menyalahkan saya atas kekalahan anak dia dan meletak jawatan, hubungan kami sudah rosak dan kita jarang bertemu dalam tempoh 6 bulan itu.
Sebelum itupun, sudah beberapa kali saya tolak permintaan dia kerana saya rasa ianya bukan keputusan terbaik untuk Rakyat dan negara.
Satu contoh ialah saya tolak permintaan dia untuk menswastakan MAS kepada seorang ahli perniagaan yang dekat dengan dia.

18 Aug 2013: Dr M: Privatisation can make MAS profitable

“25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.”
NAJIB: Saya rasa undang-undang itu sudah lapuk dan tidak adil kerana memberi kuasa yang terlampau besar kepada kerajaan dan boleh disalahgunakan.
Namun saya menggantikan ISA dengan SOSMA dan undang-undang buang negara dengan POTA dan POCA yang lebih adil.
(Selepas itu pula, PM ke-4 tuduh SOSMA lagi zalim berbanding ISA pulak walapun peruntukkan dalam undang-undang tersebut ternyata lebih adil dan ianya juga dikekalkan dalam kerajaan PH dan tidak pernah dimansuhkan)
“26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.
27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.”
NAJIB: Ini berhubung dengan Jambatan bengkok yang pernah diusahakan oleh PM ke-4 namun tidak berjaya.
Lalu dia salahkan saya kenapa saya tunduk kepada Singapura.
Saya pernah cuba untuk menghidupkan projek ini tetapi ianya telah ditolak oleh kerajaan Johor dan kerajaan Singapura.
Jika negara Singapura tak mahu, apa yang kita boleh buat?
Takkan kita nak berperang dengan mereka atau bergaduh dengan negara jiran selama berpuluh tahun kerana satu jambatan bengkok?
Kita perlukan persetujuan dari mereka jika mahu bina jambatan baru.
Selepas PRU14, kerajaan PH semasa dia PM7 pun pernah menghidupkan semula projek Jambatan Bengkok ini dan sekali lagi PM7 tidak berjaya.

12 Dis 2018: Johor tetap mahu bina jambatan bengkok – MB

“28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.”
NAJIB: PM ke-4 marah dengan saya kerana BR1M. Dia langsung tidak bersetuju dengan BR1M dan tuduh ini adalah rasuah ataupun “cash is king”.
Tetapi BR1M pula diteruskan di bawah kerajaan PH pulak dan ianya tidak lagi digelar rasuah atau dedak.
Malah, PM ke-7i pula menambah BR1M sebanyak RM150 dalam pakej rangsangan ekonomi dia pula.
“29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.”
NAJIB: Ini berhubung dengan PROTON.
Selepas dia letak sebagai penasihat Petronas pada Disember 2013, PM ke-4 menjadi pengerusi eksekutif PROTON dan antara tugas utama dia ialah untuk meminta geran percuma RM3 bilion untuk Proton dari kerajaan.

May 30, 2014: Edge Weekly: Dr Mahathir as Proton chairman sparks debate

Just two months ago, Minister of International Trade and Industry (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed confirmed that Proton had requested a grant, but said it was not an unusual practice among local industry players. While he did not disclose the amount, it reportedly was as much as RM3 billion, although this was denied by Proton.
Selepas itu, permintaan Geran kerajaan diturunkan kepada RM1.7 bilion oleh Proton.

21 July 2014: Proton requesting RM1.7 billion in funding – reports

Pada masa itu, ianya sukar untuk kerajaan BN dulu memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang sudahpun 100% milik swasta.
Lagipun, pendapat kita ialah jikapun kita memberi Geran begitu besr itu ianya masih sukar untuk Proton untuk menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baru kerana pasaran tempatan terlalu kecil.
Setelah geran ini ditolak sekali lagi, PM ke-4 pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan Ogos 2014.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
NAJIB: PM ke-4 juga membantah keras dasar gaji minima kita masa itu kerana dia kata ianya akan meningkatkan kos kepada kilang-kilang serta pelabur-pelabur dan menjadikan negara yang tidak kompetitif.
Namun saya tidak bersetuju kerana saya tidak mahu Malaysia kompetitif pada segi kos rendah sahaja. Saya juga amat tak senang dengan jurang pendapatan antara yang miskin dengan yang kaya.
Visi saya ialah untuk kita menjadi negara maju yang kompetitif berdasarkan innovasi dan produktiviti – buka kerana kita kos rendah.
Lagipun, Negara maju mana yang gaji rakyat mereka amat rendah?
NAJIB: Itulah alasan-alasan yang diberi oleh PM ke-4 semasa dia tarik sokongan terhadap saya.
Tak adapun dia kata saya “Penyamun. Perompak. Penyanggak. Pembunuh. Penzina” pun.
Selepas dia tarik sokongan terhadap saya pada bulan Ogos 2014, dia mula mengambil langkah untuk menjatuhkan saya sebagai PM kerana dia mahu seorang PM yang akan patuh 100% kepada kehendak dia dan kawan-kawan dia.
Lalu pada awal tahun 2015, PM ke-4 pun bertemu dengan Clare Brown di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menggunakan isu 1MDB untuk menyerang saya.
Dengan pertolongan dari ketua-ketua institusi negara yang dilantik semasa dia PM ke-4, dia akhirnya berjaya menjatuhkan saya sebagai PM.
(Lalu ketua-ketua institusi ini dilantik ke jawatan-jawatan lumayan di bawah kerajaan PH)
And the rest is history.
Itulah kisah benar apa yang pernah berlaku tanpa sebarang fitnah.
Walaupun saya dan keluarga saya dianiaya, dihina dan diseksa dengan begitu hebat sejak PRU14 ini, saya tetap tidak berdendam dengan dia dan tetap hormati serta menghargai jasa dia terhadap saya dan negara masa dahulu.
Agama saya ajar saya untuk tidak berdendam.

1 comment:

  1. Apa malu bossku? Terkenal seluruh dunia dalam bidang kleptocracy. Dah jadi Glocal hero Dari tanah melayu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.