`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 20, 2020

Tujuan Menulis, Membaca Dan Bercakap Adalah Untuk Berkomunikasi

Gambar berikut melihatkan seorang makhluk memegang sekeping kertas dengan tertulis sekerat mesej dalam tulisan jawi.



Saya nak tanya lah kepada tuan punya gambar ini, apakah tujuan sebenar tuan memegang  kertas ini dan apa kah tujuan sebenar menulis mesej dalam tulisan jawi?

Sebab paling ramai orang, temasuk ramai orang Melayu, tidak boleh baca jawi pun. Kalau tidak percaya, marilah tanya pembaca blog ini sekali. Berapa ramaikah orang Melayu sendiri yang boleh baca jawi?

Jadi kalaulah tujuan tuan adalah untuk 'berkomunikasi' dengan orang, percayalah tuan telah gagal menyampaikan mesej itu kepada ramai orang. 

Tujuan menulis, membaca dan bercakap adalah untuk berkomunikasi.

Percayalah. Blog ini menghampiri 70 juta kunjungan oleh pembaca (terima kasih) bukan sebab mereka tidak faham apa yang ditulis. Style menulis di sini mempunyai dua matlamat saja. Matlamat No. 2 adalah 'get the message across' atau pastikan mesejnya akan difahami orang. Hampir 70 juta pelawat masih boleh faham mesej di sini. (Matlamat no. 1 saya akan ceritakan lain hari lah tetapi ramai orang sudah pun tahu.)

Kalaulah tuan punya gambar di atas itu menulis mesejnya dengan tulisan rumi semua orang boleh baca dan faham. Bukan saja orang Melayu yang tidak tahu membaca jawi tetapi juga orang bukan Islam dalam negara kita.

Maka cubaan tuan untuk 'berkomunikasi' pun akan kena pada sasarannya. 

Bukan membazir kertas, bazir dakwat dan buang api saja.


Ataupun apakah tuan berasa tidak cukup layak untuk berkomunikasi dengan orang bukan Melayu dan bukan Islam? Kenapa saikoloji kepercayaan diri yang sangat kerdil seperti itu? Such low self esteem. 

Kalau menulis dalam bahasa rumi tidak timbul pun sebarang masalah. 
Semua orang boleh faham.  Tulis jawi pula bukan semua orang boleh baca pun. 

Lagipun mesej itu tak kena lah tuan. 
Tuan sudah tergelincir daripada sasaran. 

'Saya terus bekerja untuk anda. Anda duduk di rumah untuk kami'

Mesej ini sebenarnya lebih elok diberi maksudnya oleh kaum doctor, nurse dan kakitangan hospital, polis dan penguatkuasa lain yang sedang berada di frontline menghadapi ancaman Covid 19 ini.

Saban hari merekalah yang bertarung nyawa untuk merawat pesakit Covid 19, menjaga sekatan jalanraya dan mencari suku mazhab tablig yang degil untuk pergi melaporkan diri di hospital. 

Berbanding dengan pengorbanan dan komitmen Polis dan pegawai kesihatan, saya nampak tuan duduk selesa saja dalam pejabat aircond, mungkin dengan pembantu pejabat bancuh kopi tiga atau empat kali sehari. 

Saya juga tidak hairan sebenarnya bahawa tuan dan kekawan yang sewaktu dengan tuan diam saja apabila bocor berita berkenaan ijtema suku mazhab tablig yang telah membahayakan keselamatan seluruh negara kita ? 

Bukan saja ijtema mereka menjadi pusat merebak virus Covids 19 tetapi mereka begitu degil mempertahankan ijtema mereka dan berdegil untuk melaporkan diri di hospital untuk pemeriksaan doctor.



Sehingga Polis dan pegawai kesihatan terpaksa memburu mereka - yang kita boleh lihat dalam video ini:






Kenapa pula tuan berdiam diri saja dan tidak ambil tindakan atau beri kata dua nasihat kepada golongan yang memutarbelitkan agama seperti tablig itu? 

Apakah pada hari yang berkenaan tuan sedang bercuti daripada  "Saya terus bekerja untuk anda"?

Akhir kalam saya ingin menarik perhatian tuan kepada sifat bisu pihak tuan terhadap golongan khurafat yang membohongi orang Melayu Islam dengan kebodohan teropong buluh untuk kesan virus Corona dsbnya. Dulu mereka pernah menggunakan enam biji kelapa.  

Yang pedih bagi saya ialah mereka berbismillah, bersubhanallah dan berkalimah Allah - untuk menghanyutkan lagi umat Melayu yang memang mudah terpedaya oleh semua jenis makhluk termasuk kambing berjanggut dari negeri India. Apakah tuan membisu sebab tuan pun termasuk kaum yang percaya teropong buluh dan enam biji kelapa? 

Kerja cara relaks dan mudah tidak akan berbaloi atau berhasil.
Hanya bekerja keras dan bersungguh akan memberi kesan yang baik. 

1 comment:

  1. Ini menteri adalah khas untuk warga msia yg fasih khat je!. Rakyat yg lain tu pi mampus. Ini adalah qualiti menteri pintu belakang!. Kesian orang yg telah endorsekan moyet Ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.