`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 26, 2020

Mangsa keracunan makanan disyaki akibat puding buih terus bertambah

Siti Hasnah Mustafa menunjukkan puding buih yang dibelinya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU: Mangsa keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih di 2 daerah Terengganu meningkat kepada 74 orang setakat 3 petang tadi, kata Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus.
Beliau berkata, 74 kes itu terdiri daripada 16 keluarga, dengan 62 pesakit tinggal di Kuala Terengganu, manakala 12 lagi dari Marang.
“Sehingga kini, 33 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hospital swasta (8) dan baki 22 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan swasta.
“Jabatan turut mengesan ahli keluarga mangsa lain dan berjaya menemui 11 lagi mangsa keracunan makanan, cuma simptom yang mereka alami tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan 48 individu mengalami keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih dibeli dalam talian pada 22 Mei lalu.
Azimi berkata, pihaknya sudah memeriksa premis peniaga terbabit, manakala pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu semalam.
“Sebanyak 11 swab persekitaran, 4 swab tangan dan 4 sampel makanan telah kita ambil untuk tindakan lanjut.
“Jabatan juga menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih tersebut mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula semalam hingga 7 Jun depan, iaitu selama 14 hari.”
Dr Nor Azimi Yunus (kanan) melawat mangsa keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada puding buih, Abdull Azizi Idris (kiri) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini. (Gambar Bernama)
Beberapa mangsa keracunan yang ditemui di HSNZ berkata, mereka tidak menyangka dimasukkan ke wad pada Aidilfitri kerana mengalami cirit-birit, muntah dan demam selepas menikmati puding buih itu.
Siti Hasnah Mustafa, 37, berkata puding buih itu dibeli dalam keadaan masih elok tanpa sebarang bau busuk atau masam.
“Sebab tu saya makan macam biasa saja, lagipun keluarga saya memang peminat puding buih…dah biasa beli daripada ramai penjual lain sebelum ini dan tidak pernah mengalami keracunan makanan seperti ini.
“Pada awal pagi raya pertama, saya hantar emak, abang dan 2 adik ke HSNZ kerana keadaan mereka agak lemah. Tak sangka semalam keadaan saya pula semakin serius, jadi saya turut dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.”
Seorang lagi pesakit, Abdull Azizi Idris, 63, berkata puding buih itu dibeli anak perempuannya dan sempat dimakan bersama seorang lagi anak lelakinya.
“Memang kerap ke tandas (kerana) cirit-birit, demam dan muntah-muntah…akhirnya dah rasa semakin tak larat, isteri dan anak lain hantar kami ke hospital.

“Memang tak sangka jadi begini pada musim perayaan kali ini. Apa pun saya anggap ini ujian Allah dan semoga puncanya dapat diketahui secepat mungkin.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.