`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 26, 2020

Penjawat awam palsukan tarikh surat rentas negeri untuk balik ke Putrajaya

Polis Kedah akan terus mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan di pintu masuk dan keluar negeri itu bagi memastikan rakyat mematuhi larangan rentas negeri.
ALOR SETAR: Seorang penjawat awam dihalang pulang ke Putrajaya semula, selepas disyaki memalsukan tarikh surat kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan polis Putrajaya semalam.
Ketua Polis Kedah, Zainuddin Yaacob berkata, lelaki berusia 40-an itu pulang ke Kedah bersama keluarganya dan menetap di Pendang sebelum ini, namun dia hanya dibenarkan merentas negeri untuk kembali ke Putrajaya pada 17 Mei lalu.
Katanya, ketika ingin memulakan perjalanan pulang ke Putrajaya semalam, polis membuat semakan pada surat kebenaran rentas negeri yang dikemukakan lelaki berkenaan, namun mendapati tarikh pergerakan dipinda secara tidak sah daripada 17 Mei kepada 25 Mei.
“Lelaki berkenaan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen dan dia juga dihalang pulang ke Putrajaya,” katanya hari ini selepas mengetuai operasi pemeriksaan dari rumah ke rumah di sekitar bandar ini bagi mengesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri.
Sementara itu, Zainuddin berkata, polis Kedah akan terus mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan di pintu masuk dan keluar negeri ini bagi memastikan pematuhan SOP di tahap optimum.
“Dulu kita tapis orang awam balik ke Kedah, tapi sekarang ni kita tapis orang yang nak keluar dari Kedah, sama ada mereka ini dibenar balik dengan kebenaran atau lolos di pintu masuk.

“Oleh itu, kita adakan sekatan jalan raya dua hala, iaitu susur keluar tol dan hala masuk pun kita periksa, dan kita akan teruskan sehingga Kedah betul-betul bebas Covid-19.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.