`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 30, 2021

PKD Hulu Langat nafi mesej pemberian vaksin kepada penerima sukarela untuk slot kosong

 

Tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang PKD Hulu Langat kononnya meminta orang ramai mencari pesakit yang sukarela untuk bersedia sekiranya terdapat kekosongan slot vaksinasi berikutan ketidakhadiran penerima vaksin lain. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat menafikan mengeluarkan sebarang mesej yang menawarkan pemberian vaksin kepada penerima sukarela jika terdapat kekosongan slot vaksinasi tanpa mematuhi saluran yang ditetapkan, sekiranya penerima berdaftar tidak menghadiri janji temu suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Bangi.

PKD itu menerusi kenyataan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam menegaskan bahawa mesej itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihaknya mahu pun Pusat Pemberian Vaksin.

Sehubungan itu pihak PKD Hulu Langat meminta orang ramai agar tidak menyebarkan mesej yang dimaksudkan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang PKD terbabit kononnya meminta orang ramai mencari pesakit yang sukarela untuk bersedia sekiranya terdapat kekosongan slot vaksinasi berikutan ketidakhadiran penerima vaksin lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.