`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 30, 2021

Tindakan keras terhadap pendatang burukkan lagi krisis kesihatan, kata aktivis

 

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin awal hari ini berkata, warga asing tanpa dokumen ditahan akan ditempatkan di depoh tahanan dan penjara satelit. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Aktivis hak asasi manusia menggesa kerajaan agar tidak menggunakan sekatan pergerakan menyeluruh yang bakal dikuatkuasakan di negara ini sebagai alasan untuk mengambil tindakan keras terhadap pendatang tanpa dokumen.

Kata mereka, apa yang terjadi tahun lalu telah menunjukkan bahaya terhadap kesihatan yang tercetus apabila menempatkan orang dalam tahanan.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin sebelum ini mengakui berlaku kesesakan dalam tahanan tahun lalu, namun katanya, kerajaan kini sudah bersedia dengan pembinaan penjara satelit dan pusat tahanan, namun kenyataannya itu dikritik badan bukan kerajaan, Tenaganita.

Pengarah Eksekutif Glorene Das berkata, Tenaganita “kagum dengan kekejaman tindakan” yang diumumkan hari ini.

Hamzah terdahulu mengumumkan, Jabatan Imigresen bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di kawasan penempatan warga asing di seluruh negara.

Beliau berkata, semua warga asing tanpa dokumen ditahan akan ditempatkan di depoh tahanan dan penjara satelit yang dibina oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara di seluruh negara ketika ini.

“Ini akan menyumbang kepada peningkatan kes, dan menambah beban sistem penjagaan kesihatan,” katanya merujuk kepada jumlah tinggi kluster yang dikaitkan dengan pusat tahanan sepanjang setahun lalu.

Beliau menuduh kerajaan menjadikan pendatang sebagai “kambing hitam”, dan mengalihkan perhatian daripada masalah-masalah berkaitan wabak.

Sebaliknya, kerajaan harus menangani masalah sebenar yang timbul dari eksploitasi pekerja secara sistemik, yang menyebabkan bilangan pendatang tanpa dokumen di negara ini meningkat, katanya.

Pengarah Eksekutif North-South Initiative Adrian Pereira berkata, tindakan keras itu akan mengganggu program vaksinasi kebangsaan, kerana pendatang akan lebih takut untuk tampil.

Menurutnya, kerajaan sebelum ini berkata tidak akan menangkap pendatang jika mereka tampil menerima vaksin, tetapi pengumuman seperti ini akan menyebabkan pendatang tidak mahu memberi kerjasama.

“Tambahan, (kerajaan) tidak pernah pun memberitahu pendatang bagaimana untuk mendapatkan vaksin, bagaimana untuk mendaftar, sama ada mereka perlu membawa dokumen tambahan. Kami tawarkan bantuan, tapi tidak dapat apa-apa maklum balas,” katanya.

Aktivis Fortify Rights, John Quinley III, berkata kerajaan Malaysia sepatutnya melindungi pekerja asing kerana mereka antara golongan paling teruk terjejas oleh wabak.

“Menempatkan lebih ramai dalam tahanan bukan sahaja menimbulkan risiko kesihatan awam bagi tahanan, tetapi juga bagi pegawai yang mengendalikan fasiliti berkenaan,” katanya.

Amnesty International Malaysia menuduh kerajaan menyokong “kekejaman” dengan menggunakan tangkapan dan tahanan sebagai alat kawalan imigresen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.