`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 20, 2021

Bot PATI karam: Konsulat Indonesia kenal pasti 3 lagi identiti mangsa

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) yang mengetuai Ops Carilamat mengesahkan operasi itu ditamatkan semalam, berikutan tiada penemuan baharu masuk hari kelima pencarian, semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Identiti tiga lagi korban bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi Rabu lepas telah dikenal pasti oleh keluarga masing-masing, menurut Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI).

KJRI dalam kenyataan memaklumkan ketiga-tiga mangsa adalah lelaki dengan dua daripada mereka berasal dari Cilacap di Jawa Tengah dan seorang lagi dari Lombok Timur.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan identiti enam korban setakat ini telah dikenal pasti.

“KJRI telah berkoordinasi (bekerjasama) dengan pihak keluarga serta institusi berkaitan untuk proses repatriasi (membawa pulang) jenazah ke daerah asal di Indonesia.

“Hingga hari ini, jumlah korban yang meninggal dunia adalah 21 orang (15 lelaki serta enam perempuan dan jumlah korban yang selamat adalah 13 orang (seorang lelaki dan dua perempuan),” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) yang mengetuai Ops Carilamat mengesahkan operasi itu ditamatkan semalam, berikutan tiada penemuan baharu masuk hari kelima pencarian.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Simon Templer Lo Tusa berkata operasi ditamatkan pada 6 petang semalam dan Pangkalan Hadapan Carilamat yang ditempatkan di situ ditutup.

“Keputusan (menamatkan pencarian) dibuat selepas mengambil kira tiada penemuan baharu dan peluang untuk menjumpai mangsa yang masih hidup di laut amat tipis.

“Ini kerana operasi yang khusus tanpa sebarang petunjuk didapati kurang berkesan untuk diteruskan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Simon berkata bagaimanapun, pencarian dan pemantauan akan diteruskan oleh agensi-agensi yang bertugas menerusi operasi harian mengawal pesisir pantai, laut dan sebagainya.

Beliau berkata tiada penemuan mangsa baharu setakat 3 petang semalam menjadikan jumlah korban kejadian kekal 21 orang, 13 terselamat manakala 16 dipercayai masih hilang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.