PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemukan selepas paras air banjir surut, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 22, Shah Alam, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib, berkata mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam kira-kira 7.50 malam.“Mangsa adalah penghuni sebuah pangsapuri berdekatan kawasan berkenaan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya menurut laporan Harian Metro.
Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat di media sosial menunjukkan satu mayat di atas jalan.
Difahamkan, mayat itu ditemui selepas paras air banjir di kawasan berkenaan mula menurun sejak petang tadi.
Kawasan berkenaan antara yang terjejas serta dinaiki air sejak petang semalam, susulan banjir kilat di beberapa daerah di Selangor. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.