`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 21, 2021

‘Long Tiger’ masih dalam negara, kata polis

 

Pada 15 Dis lalu, “Long Tiger” dilapor meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dengan melarikan diri melalui pintu utama mahkamah.

PETALING JAYA: Suspek warga Myanmar etnik Rohingya, Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai “Long Tiger” yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada 15 Dis lalu masih berada dalam negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Lazim.

Beliau berkata, pihaknya mengedarkan wajah suspek kepada setiap Kontinjen Polis Negeri selain turut meminta bantuan Ketua Polis Daerah dan balai bagi mengesan kedudukan suspek.

Katanya, polis juga sudah mempertingkatkan kawalan dan pemburuan suspek terutama di negeri yang mempunyai sempadan darat antarabangsa di bahagian utara dan pantai timur seperti Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan selain negeri di bahagian selatan seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Setakat ini, kita masih lagi giat mengesan serta memburu Long Tiger ini,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pada 15 Dis lalu, “Long Tiger” dilapor meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dengan melarikan diri melalui pintu utama mahkamah serta menghilangkan diri sekitar semak samun berhampiran.

Pada hari kejadian, dia dibawa ke mahkamah dari Penjara Sungai Udang Melaka untuk prosiding mengikut Seksyen 388, iaitu kes ugutan terhadap seseorang.

Suspek memakai baju T cerah, berseluar panjang coklat serta memakai selipar dengan alamat terakhirnya di No 292 Jalan Rambutan, Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak.

Berikutan itu, polis beserta Unit Anjing Pengesan K9 melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah berkenaan dalam usaha mengesan suspek namun belum berhasil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.