`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 20, 2021

Monday Lite : Penjelasan Dangkal Oleh Ostard Youtube Dangkal Untuk Pendengar Dangkal

 Pada masa terlalu ramai orang ditimpa bencana banjir, kehilangan nyawa dan harta ada pula ostard YouTube memberi penjelasan dangkal bahawa kita dilanda banjir sebab terlalu ramai orang terlibat maksiat. Dan seperti biasa pengikut yang dangkal pun forwardkan video ostard dangkal itu.

Habis kenapa pula tempias daripada ribut taufan Rai dan banjir itu tidak terkena Bangkok atau Singapura? Umum sedia faham Bangkok adalah pusat maksiat seantero dunia. 

Gadis Bangkok relak aje.
Tak kena hujan pun.

Dalam negara kita kenapa pula negeri Pulau Pinang yang ditadbir kerajaan DAP dan yang mempunyai ramai penduduk bukan Islam tidak kena banjir pun? Apakah mereka lebih warak dan terlepas maksiat daripada kawasan orang Islam? Di Kuala Lumpur pun kawasan majoriti bukan Islam seperti Puchong tidak mengalami banjir seteruk kawasan majoriti Islam seperti Hulu Langat. 

Ikut kepala hotak auta ostard YouTube itu maksudnya ribut dan banjir lebih menghormati negara, negeri dan kawasan bukan Islam seperti Bangkok daripada tempat-tempat orang Islam. 

Hujan lebat yang turun selama dua tiga hari di Semenanjung adalah "tempias" daripada ribut taufan Rai yang melanda Filipina bermula daripada 15-16 haribulan Disember.  Banjir dan ribut tidak ada kena mengena dengan lebih maksiat atau kurang maksiat.

Yang lebih penting ialah kita tahu bahawa setiap tahun, sejak Allah swt telah menyempurnakan bentuk mukabumi negara kita,  kita mengalami musim tengkujuh pada hujung tahun. Ia itu musim hujan yang diiringi angin kencang, hujan ribut, laut bergelora, pantai dipukul ombak besar dsbnya.  

Jadi apakah persediaan bukan saja oleh kerajaan dan pemerintah untuk menangani  peristiwa tahunan ini tetapi juga oleh ostard dangkal YouTube itu?  

Percayalah tahun depan pun akan berlaku hujan lebat dan banjir kurang lebih pada masa  yang sama - antara bulan November dan bulan Mac yang berikut.

Tambah lagi seluruh dunia sedia faham Taufan Rai telah hampiri pantai timur Filipina sejak 15hb Disember. (Ada laporan lain mengatakan taufan itu sudah mula dikesan seawal-awal 9-10 hb Disember).  



Atas : Mencari Negara Maksiat
Taufan Rai hampiri Filipina 13-15hb Disember 2021



Atas : Taufan Rai melepasi Filipina dan 
hampiri Vietnam 18-20hb Disember 2021

Jadi apakah ostard dangkal dalam YouTube itu (dan juga kerajaan) sedang buat apabila Filipina sudah pun dilanda ribut taufan, apabila berita seluruh dunia melaporkan bilangan manusia yang maut di negara itu (lebih 200 orang meninggal) dan juga apabila taufan Rai itu sudah melepasi Filipina dan mula menghala ke Vietnam dan Tanah Semenanjung? Setiap hari berita dalam TV dan berita Online melaporkan pergerakan dan hala tuju taufan Rai itu. Apakah pada masa itu ostard dangkal itu sedang cabut bulu dia ? Kenapa dia tidak menasihati pendengar dangkal bahawa bala dan ribut makin tiba?

Dan kalaulah negara kita masih terlalu banyak maksiat jadi apakah gunanya ostard dangkal itu sembur air liurnya hari-hari dan bertahun-tahun dalam video YouTube kepada pendengar yang bodoh?  Rupanya membuang masa saja mendengar ceramah bodoh dia sejak bertahun-tahun ini sebab tidak ada guna pun. Maksiat tak kurang pun. Ikut ostard dangkal itu, terlalu ramai orang masih bermaksiat. Maksudnya dia yang gagal didik manusia. Maksudnya dia yang bodoh. 

Walhal negara orang bukan Islam boleh terselamat daripada taufan Rai itu. Kawasan bukan Islam pula boleh lebih selamat. 

Kita tidak boleh elak daripada ribut dan taufan. Tetapi kita boleh bersedia untuk menghadapinya. Dan kita boleh elak daripada dangkal.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.