`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 19, 2021

Pemandu lemas lori terperangkap banjir

 

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata mayat mangsa ditemui 5.30 petang Ahad pada jarak 5m dari lokasi dilaporkan tenggelam. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori lemas dalam cubaan menyelamatkan diri selepas kenderaannya ditenggelami banjir, dalam kejadian di laluan berhampiran Simpang Desa Coalfield, Kuala Selangor, hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.50 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan bantuan dari BBP Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mangsa berusia 45 tahun dipercayai lemas dalam usaha menyelamatkan diri dalam lori yang dinaiki air secara tiba-tiba,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Norazam berkata, mayat mangsa ditemui 5.30 petang tadi pada jarak 5m dari lokasi dilaporkan tenggelam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.