`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 30, 2022

Hubungan PAS-Umno makin tegang

 

Johor mungkin menjadi medan tempur antara PAS-Umno sekiranya pertelingkahan antara dua parti berkenaan tidak diperbetulkan, kata penganalisis politik.

PETALING JAYA: Dua penganalisis politik berbeza pandangan sama ada hubungan Umno dan PAS sudah mencapai titik penamat, susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Pemerhati politik Mohd Sayuti Omar, berkata keretakan melanda dua parti berkenaan mengakibatkan jurang hubungan antara parti itu kian melebar dan mungkin “terputus pada bila-bila masa”.

“Piagam yang ditandatangani sudah dicarik,” katanya kepada FMT, merujuk kepada gagasan Muafakat Nasional ditandatangani oleh kedua-dua parti itu, pada 2019.

Dan sekiranya pertelingkahan antara dua parti itu tidak diperbetulkan sebelum pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti, Sayuti berkata, negeri berkenaan akan bertukar menjadi medan tempur dengan kedua-dua parti itu sekali lagi menjadi musuh, seperti mana yang berlaku pada 1990-an.

Katanya, kegagalan mencari titik persamaan hanya akan menjadikan kedua-dua parti itu bertembung pada pilihan raya umum, terutama sekiranya Perikatan Nasional menang besar pada PRN Johor.

Andai perkara itu berlaku, beliau berkata, PAS akan menolak Umno.

Bagaimanapun, Sayuti tidak menolak kemungkinan dua parti berkenaan kembali berdamai selepas pilihan raya umum ke-15 lebih-lebih lagi jika berlaku perubahan pucuk pimpinan PAS.

“Perikatan antara Umno dan PAS ditentukan kepimpinan tertinggi PAS, bukan disebabkan faktor luaran.”

Dalam pada itu, Felo Kanan Kajian Strategik Akademi Nusantara Azmi Hassan, tidak berpandangan hubungan PAS-Umno sudah sampai ke penghujungnya.

Bahkan, perkongsian kuasa termasuk pembahagian kerusi di kubu kuat PAS akan menjadi penentu terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Katanya, PAS mungkin terasa dihina dan dibiarkan berada dalam kekecewaan berikutan hanya ditawarkan Umno empat kerusi sahaja menjelang PRN Johor.

Umno yang mempertahankan keputusan itu, menyatakan bahawa parti itu meraih undi lebih besar berbanding PAS dalam kawasan yang sebelum ini parti itu tewas di negeri berkenaan.

“Namun, saya tidak fikir mereka sudah mencapai titik penamat.”

Bagaimanapun, PAS perlu mengemukakan sesuatu untuk mengekalkan hubungannnya bersama Umno, kata Azmi.

Beliau berkata, PAS berhasrat menumpang kekuatan dimiliki Umno, terutama di kubu kuat mereka seperti di Melaka dan Johor.

Azmi berkata, justeru, PAS perlu memberi tawaran balas yang tidak mampu ditolak di negeri Pantai Timur, yang dikawal parti berkenaan.

“Umno sedang menunggu perkara itu (tawaran balas) dan maklum balas itu akan menentukan sama mengekal atau meruntuhkan hubungan kedua-dua parti berkenaan”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.