`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 30, 2022

PRN Johor: Ada kes mahkamah, Shahrir Samad enggan bertanding

 

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Shahrir Samad, mendakwa tuduhan dikenakan terhadapnya bersifat pendakwaan selektif, namun enggan berselindung di sebalik kedudukan politik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Umno Shahrir Samad enggan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti atas alasan sedang berdepan pendakwaan di mahkamah.

Katanya, beliau berdepan pendakwaan membabitkan kes Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tuduhan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).

Shahrir yang juga bekas Pengerusi Felda, mendakwa tuduhan dikenakan terhadapnya sebagai pendakwaan selektif, namun beliau enggan berselindung di sebalik kedudukan politik.

“Ada juga rakan-rakan di JB (Johor Bahru) bertanya mengapa saya tidak mahu bertanding pada PRN Johor, yang terutama ialah kerana saya sedang menghadapi pendakwaan dalam mahkamah. Lagipun, sebelum PRU14, memang saya berhajat untuk memberi laluan kepada calon baru dari kalangan bakat baru.

“Dalam kedudukan saya menghadapi kes LHDN/SPRM dengan tuduhan AMLA, iaitu pengubahan wang haram, saya rasa lagi tidak wajar saya mewakili parti sebagai calon mahupun di PRN atau PRU,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Shahrir, 72, dituduh terbabit dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada Najib Razak, berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013.

Dalam pada itu, Shahrir juga secara sinis menyindir Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah jenayah, namun beria-ria mahu bertanding pada PRN Johor.

“Jawab saya, masing-masing kita ada prinsip tersendiri,” katanya.

Turut menjadi sasarannya adalah bekas Ahli Parlimen Umno yang melompat ke Bersatu, iaitu Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin, yang dikatakan keluar parti untuk menyelamatkan diri daripada pendakwaan.

“Jawatan dalam parti adalah bersikap sukarela dan pilihan ahli-ahli tapi jawatan wakil rakyat adalah dalam institusi politik tertinggi negeri dan negara.

“Kalau didakwa semasa memegang jawatan wakil rakyat, saya akan pegang jawatan itu sehingga habis tempoh dewan dan tidak akan bertanding semula. Kalau letak jawatan semata-mata kerana didakwa, habis pula kelayakan selama 5 tahun,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.