`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 30, 2022

CPI turun: Jadikan rasuah musuh nombor 1 negara, kata IIM

Pegawai Kanan Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Produk Institut Integriti Malaysia (IIM), Mohd Rais Ramli, berkata rasuah berlaku dalam setiap aspek kehidupan dan jenayah itu kini sudah mengatasi jenayah dadah.

PETALING JAYA: Sudah tiba masanya rasuah diletakkan sebagai musuh nombor satu negara, selepas kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 turun lima anak tangga baru-baru ini.

Pegawai Kanan Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Produk Institut Integriti Malaysia (IIM), Mohd Rais Ramli, berkata walaupun kajian berkenaan bukan kajian saintifik dan hanya berlatarkan persepsi responden terhadap negara yang dinilai, namun ia diterima di seluruh dunia.

“Penurunan ini tidak boleh diambil mudah kerana prestasi Malaysia dalam CPI sentiasa dipantau oleh orang berkepentingan dari dalam dan luar negara khususnya pandangan peniaga (antarabangsa) terhadap Malaysia.

“Walaupun ada dalam kalangan kita mungkin menganggap kajian ini hanya persepsi, dan bukan kajian saintifik namun persepsilah yang selalunya akan mendatangkan masalah kepada kita apabila hendak berurusan (dengan negara luar),” katanya dalam satu webinar anjuran Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mohd Rais Ramli

Beliau mengulas mengenai kedudukan Malaysia turun lima anak tangga dalam CPI 2021 dikeluarkan Transparency International (TI) yang menyaksikan perbezaan ketara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Malaysia menduduki tangga ke-62 daripada 180 negara dalam laporan terbaharu itu – iaitu terendah sejak kaedah penilaian disemak pada 2012. Pada 2020, Malaysia berada di kedudukan 57, menurun sedikit daripada 51 pada 2019.

Mengulas mengenai cadangan itu, Rais dalam webinar bertajuk “Krisis Integriti: Adakah Sebahagian Daripada Ancaman Keselamatan Negara?” itu berkata jenayah rasuah dilihat semakin membarah dalam komuniti ketika ini dengan merujuk kepada pintu sempadan negara dipercayai menjadi lapisan pertama jenayah itu berlaku.

“Rasuah berlaku dalam setiap aspek kehidupan…(jenayah) rasuah (kini) sudah lebih daripada dadah, kalau kita kata dadah musuh utama negara. Sekarang kita letak rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

“Sebab mungkin orang ambil dadah dia tak ambil rasuah tetapi orang yang yang ambil rasuah mungkin membenarkan dadah itu masuk (ke dalam negara),” katanya.

“Pada pandangan saya sebagai orang biasa dan dekat dengan isu berkaitan rasuah ini…semua yang berlaku disebabkan berlakunya rasuah di pintu-pintu sempadan yang melibatkan penguatkuasaan,” tambahnya.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.