`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 30, 2022

Banyak pihak bantah kenaikan tarif elektrik bagi perniagaan

 

Ahli ekonomi berkata, kenaikan tarif elektrik bagi sektor komersial akan memberi kesan terhadap pengguna, selain merencatkan pemulihan ekonomi. 

PETALING JAYA: Lebih banyak kumpulan tampil membantah peningkatan tarif elektrik bagi penggunaan komersial dan industri.

Awal hari ini, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) memberi amaran peniaga dijangka terpaksa memindahkan kos kesan daripada peningkatan kos operasi kepada pengguna.

“Sekiranya cadangan untuk menaikan tarif berlaku mengikut jadual, ia pastinya menimbulkan kesukaran, jika tidak pun peniaga perlu menyerap peningkatan kos tanpa memindahkan sebahagiannya kepada pengguna, seperti mana yang dibuat Tenaga Nasional Bhd,” kata Pengerusi SAMENTA William Ng.

Menurut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, peningkatan tarif elektrik susulan penghapusan rebat dan surcaj dikenakan ke atas pengguna komersial. Beliau menegaskan pengguna domestik tidak terkesan dengan peningkatan tarif berkenaan.

Bagaimanapun, ahli ekonomi Barjoyai Bardai memberitahu FMT, berkata kenaikan tarif menimbulkan kesan meluas terhadap pengguna, di mana akan menjejaskan pemulihan ekonomi.

“Peningkatan tarif elektrik akan memberi impak berlawanan kepada ekonomi keseluruhannya, sekaligus menyebabkan peningkatan inflasi.”

Berkongsi pandangan sama dengan SAMENTA, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) percaya pengguna akan berdepan peningkatan harga barang sekelip mata.

Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA Saravanan Thambirajah, mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memantau, termasuk memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati.

“Ini penting kerana harga barang dan perkhidmatan sedang meningkat, dan akan menjejaskan kuasa beli pengguna, terutama kumpulan B50,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), berkata pihaknya kecewa kerana tidak dilibaturus dalam perkara berkenaan.

“Setakat ini, industri sedang berhempas pulas dengan situasi harga inflasi membabitkan hampir semua perniagaan dan terpaksa pula berdepan peningkatan harga penggunaan tenaga.

“Ia juga akan memberi kesan terhadap kos lain, terutama bahan mentah, sekaligus berkemungkinan meningkatkan lagi inflasi,” kata Presiden FMM Soh Thian Lai, dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya kos pengoperasian terus meningkat, pengilang terpaksa melakukan pengubahsuaian sama ada meningkatkan harga produk atau membekukan pengambilan tenaga kerja, di mana merencatkan usaha pemulihan ekonomi.

“FMM merayu kepada kerajaan menangguhkan sebarang kenaikan tarif elektrik, sehinggalah kekangan rantaian bekalan global reda dan harga komoditi kembali normal,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.