`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 30, 2022

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

 

Mayat mangsa ditemui tersangkut pada tiang elektrik selepas mati terkena renjatan elektrik di Tawau, pagi tadi.

TAWAU: Seorang lelaki ditemui maut selepas terkena renjatan elektrik dipercayai ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya, dekat Taman Eastern, di sini, pagi tadi.

Kejadian disedari kira-kira jam 10.30 pagi selepas orang ramai menemui mayat mangsa di lokasi kejadian sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Sehingga kini, identiti mangsa berusia 41 tahun itu belum dikenal pasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.32 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mayat mangsa didapati tersangkut pada tiang elektrik dan pasukan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terus menjalankan operasi memutuskan bekalan elektrik.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak menurunkannya sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.