KOTA KINABALU: Tiga kluster Covid-19 diisytihar tamat di Sabah semalam, iaitu dua kluster di daerah Ranau dan satu kluster di Tongod, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.
Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata dua kluster di Ranau itu melibatkan Kluster Puri Ranau dan Kluster Jalan Sugut, manakala Kluster Kuala Tongod di Tongod.
“Dengan penamatan tiga kluster ini, baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah sembilan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Masidi berkata secara keseluruhan sebanyak 388 atau 96.52% daripada 402 kes semalam dalam kategori 1 dan 2, kategori 3 (dua kes), kategori 4 (tujuh kes) dan lima kes dalam kategori 5. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.