`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 17, 2022

Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenar mulai Isnin, kata menteri

 

Kementerian ingin memberi peluang kepada murid dan guru untuk membiasakan diri dengan fasa transisi hidup bersama virus Covid-19 sebelum beralih ke fasa endemik. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah akan dibenarkan mulai sesi akademik 2022/2023 yang bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Beliau berkata, kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja dan garis panduan serta aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 berhubung kebenaran itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.

“Sudah pasti ini berita gembira buat anak-anak kita yang selama ini hanya berada dalam bilik darjah sahaja. Kita ingin memberi peluang kepada murid dan guru untuk membiasakan diri dengan fasa transisi hidup bersama virus Covid-19 sebelum beralih ke fasa endemik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang dan pingat perkhidmatan cemerlang Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Pada 10 Jun lepas, KPM menetapkan bahawa sebarang aktiviti sukan, kokurikulum dan perhimpunan di sekolah tidak dibenarkan susulan pandemik Covid-19.

Sementara itu, merujuk kepada rancangan penyediaan lokar di sekolah rendah bagi menangani isu beg murid yang berat, Radzi berkata, KPM dalam proses mengenal pasti spesifikasi lokar bagi menentukan jenisnya dan memastikan kualiti terbaik bagi membolehkan ia digunakan untuk jangka panjang.

“KPM sedang berusaha menjalankan proses pemasangan secepat mungkin setelah kita kenal pasti lokasi sesuai di kawasan sekolah, namun ada tatacara serta proses yang perlu dipatuhi,” katanya.

Pada 6 Mac lepas, Radzi mengumumkan langkah penyediaan lokar di sekolah rendah akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun ini sebagai pendekatan untuk menangani isu beg murid yang berat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.