`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 12, 2022

Di Melaka kalah 8 kerusi, di Johor 14, nasib PAS terus merudum

 

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Selepas kecundang pada PRN Melaka dan Sarawak akhir tahun lalu, PAS malam ini hanya berupaya memenangi satu kerusi daripada 15 DUN yang ditandingi bawah payung Perikatan Nasional (PN).

Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan PAS menawan Maharani yang sebelum ini disandang Amanah, parti serpihan PAS.

Bagaimanapun, PAS tewas di satu-satunya kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU lalu.

Kerusi DUN Bukit Pasir yang sebelum ini dimenangi calon PAS, Najib Lep kini beralih kepada Umno-Barisan Nasional, mengikut keputusan tidak rasmi.

PAS meletakkan harapan tinggi sebelum ini, bukan sahaja untuk menawan kerusi milik Amanah tetapi juga mencabar Umno dan PKR di kerusi-kerusi lain.

Namun ramai calon PAS akhirnya kecundang kepada Umno-BN dan sekali lagi menunjukkan parti itu belum boleh mencabar Umno di luar Pantai Timur Semenanjung.

PRN Johor memperlihatkan pemimpin PAS memperbaharui permusuhan politik dengan Umno dengan melancarkan serangan bertubi terhadap pemimpinnya seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Bagaimanapun, seperti mana di Melaka, kempen PAS tidak memperolehi sokongan diharapkan sungguhpun pemimpin utama parti termasuk presidennya Abdul Hadi Awang rajin turun padang berkempen bersama sekutunya Muhyiddin Yassin.

Susulan keputusan PRN Johor, ada kemungkinan PAS bersedia membuka kembali buku Muafakat Nasional bersama Umno, namun Umno kini dalam kedudukan kukuh untuk meletakkan syarat parti itu menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini berkata isu MN berkemungkinan di kupas balik selepas PRN Johor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.