`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 5, 2022

‘Katak boleh selam, wakil rakyat mahu lompat mungkin lebih kreatif jika akta lulus’, kata PBS

 

Presiden PBS Maximus Ongkili berkata budaya lompat parti sinonim dengan Sabah.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Maximus Ongkili berkata, ahli politik yang ingin “melompat” selepas menang pilihan raya mungkin berbuat demikian dengan cara lebih kreatif jika Akta Anti Lompat Parti diluluskan di Parlimen kelak.

Katanya, perkembangan terbaharu dalam politik negara boleh dianggap sebagai satu persimpangan antara politik etnik dan agama dengan politik merentasi politik lama.

“Sekiranya Akta Anti Lompat Parti diluluskan di Parlimen, isu ahli politik yang ingin ‘melompat’ setelah menang mungkin berlaku dalam suasana berbeza, mereka akan menjadi lebih kreatif untuk berhijrah ke parti lain.

“Budaya lompat parti telah menjadi sinonim dengan Sabah dan antara semua negeri, kita mungkin mempunyai bilangan ‘katak’ paling ramai.

“Jika akta ini diluluskan, ramai ingin membunuh ‘katak yang melompat’ tetapi kita harus semat dalam minda, bahawa katak juga mampu menyelam, oleh itu, kita perlu berfikir di luar kotak untuk menangani masalah ini sebelum ia berlaku,” katanya ketika berucap sempena majlis ulang tahun PBS ke-37, di sini, hari ini.

Sementara itu, Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) mengulangi pendirian mereka supaya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergesa-gesa menerima ahli baharu, lebih-lebih lagi parti baharu dipimpin oleh bekas musuh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, parti baharu itu perlu membuktikan dulu keikhlasan dan komitmen mereka sebelum dialu-alukan penglibatan dalam GRS.

“Ahli GRS sedia ada telah membuktikan diri, bukan sahaja dari segi komitmen tetapi juga kesediaan untuk bekerja keras demi kebaikan rakyat Sabah dan negeri ini secara amnya.

“Justeru, buat masa ini, GRS tidak seharusnya tergesa-gesa menerima ahli baharu, lebih-lebih lagi parti politik baharu yang pemimpinnya terdiri daripada bekas musuh kita.

“Mereka mesti terlebih dahulu membuktikan keikhlasan dan komitmen, dan apabila mereka telah dapat meyakinkan kita akan keikhlasan mereka, PBS juga akan mengalu-alukan penglibatan mereka dalam GRS,” katanya.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Warisan Peter Anthony menubuhkan parti baharu iaitu parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan menyatakan hasrat menyertai GRS yang kini menerajui kerajaan negeri. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.