`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 10, 2022

Kenyataan Anwar, Guan Eng berpihak Umno sokong keluar KWSP ‘menyedihkan’, kata PSM

 

S Arulchelvan berpendapat langkah membenarkan pengeluaran KWSP hanya akan menjadikan pekerja lebih miskin dalam jangka panjang.

PETALING JAYA: Kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang berpihak kepada Umno untuk menyokong pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat menyedihkan dan membuktikan ahli politik sanggup melakukan apa sahaja bagi memenangi pilihan raya, kata Parti Sosial Malaysia (PSM).

Timbalan Pengerusinya, S Arulchelvan berkata kenyataan pemimpin pembangkang itu juga menunjukkan kegagalan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

“Amat menyedihkan Anwar Ibrahim dan Guan Eng bersekongkol dengan Umno untuk mengeluarkan simpanan KWSP rakyat. Cuba menjadi populis apabila kesannya (kepada pencarum) amat dahsyat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang menyokong pengeluaran KWSP setelah mendengar keluhan rakyat dalam siri jelajah kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor.

S Arulchelvan.

Presiden PKR itu berkata, pencarum perlu diberi kebenaran pengeluaran ini secepat mungkin tanpa kerenah birokrasi serta kerajaan perlu juga mengambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum.

Pada 6 Mac, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui rakyat mahu kerajaan membenarkan mereka mengeluarkan wang simpanan KWSP selepas mendapatkan maklum balas ketika kempen pilihan raya negeri.

Kenyataan itu bercanggah dengan pendirian mereka sebelum ini bahawa pengeluaran itu tidak boleh diberikan laluan mudah, dengan alasan menjadi kewajipan kerajaan untuk memberikan bantuan kepada rakyat ketika susah dan bukan meminta mengeluarkan simpanan persaraan.

Mengulas lanjut, Arulchelvan berpendapat langkah membenarkan pengeluaran KWSP hanya akan menjadikan pekerja lebih miskin dalam jangka panjang.

“PSM terkejut dengan kenyataan (Anwar dan Guan Eng) dan ia menunjukkan pekerja dirompak wang simpanan mereka dan pemimpin sudah ketandusan idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat khususnya dalam kalangan berpendapatan rendah,” katanya.

“Kini, kami berharap Menteri Kewangan (Tengku Zafrul Abdul Aziz) tidak membuat pusingan ‘U’ dengan tekanan berkenaan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.