UMNO sebenarnya telah KALAH undi majoriti pengundi di PRN Johor pada 12 Mac 2022.
*KERUSI-KERUSI DUN JOHOR PADA PRN JOHOR YANG KALAH TIPIS.*
1. N.8 Bukit Pasir
PN: 5,850
BN: 6,048
PH: 4,676
Pejuang: 196
Majoriti: 198 (BN)
Keluar Undi: 53.34%
2. N.11 Serom
PN: 7,808
BN: 8,507
PH: 5,509
Pejuang: 332
Majoriti: 699 (BN)
Keluar Undi: 56.78%
3. N.33 Tenggaroh
PN: 9,172
BN: 10,528
PH: 1,529
Pejuang: 213
Majoriti: 1,356 (BN)
Keluar Undi: 55.83%
4. N.21 Parit Yanni.
BN-UMNO menang dengan majoriti : 294.
*KERUSI-KERUSI DI MANA UNDI PN & PH & MUDA COMBINE - BARISAN NASIONAL SEPATUTNYA KALAH.*
Perbandingan ini penting untuk kerusi-kerusi Parlimen pada PRU ke 15 kelak.
1. *N.4 KEMELAH.*
BN-MIC menang dengan undi : 7,518.
Majoriti menang : 1,611.
Undi Amanah + PN combine undi : 10,400.
Kalah BN.
2. *N.5 TENANG.*
BN-UMNO menang undi : 5,380.
Majoriti menang : 1,736.
Undi PN + MUDA combine : 6,300.
Kalah BN.
3. *N.8 BUKIT PASIR.*
BN-UMNO menang undi : 6,048.
Majoriti menang : 198.
Undi PN + PH combine : 10,400.
Kalah BN.
4. *N.9 GAMBIR.*
BN-UMNO menang undi : 7,960.
Majoriti : 3,146.
Undi PN + PH combine : 9,300.
Kalah BN.
5. *N.11 SEROM.*
BN-UMNO menang undi : 8,507.
Majoriti : 699
Undi PN + PH combine : 13,300.
Kalah BN.
6. *N.14 BUKIT NANING.*
BN-UMNO menang undi : 5,437.
Majority : 1,535.
PN + PKR combine : 7,200.
Kalah BN.
7. *N.16 SUNGAI BALANG.*
BN-UMNO menang undi : 8,294.
Majoriti : 2,293.
PN + PKR combine : 9,500.
Kalah BN.
8. *N.17 SEMERAH.*
BN-UMNO menang undi : 12,542.
Majoriti : 4,041.
PN + PKR combine : 14,700.
Kalah BN.
9. *N.21 PARIT YAANI.*
BN-UMNO menang undi : 9,070.
Majoriti : 294.
PN + PH combine : 14,100.
Kalah BN.
10. *N.24 SENGGARANG.*
BN-UMNO menang undi : 9,725.
Majoriti : 3,912.
PN + PH combine : 11,400.
Kalah BN.
11. *N.25 RENGIT.*
BN-UMNO menang undi : 7,903.
Majoriti : 1,920.
PN + PKR combine : 8,048.
Kalah BN.
12. *N.29 MAHKOTA.*
BN-UMNO menang undi : 16,611.
Majoriti : 5,166.
PH + PN combine : 19,000.
Kalah BN.
13. *N.33 TENGGAROH.*
BN-MIC mensng undi : 10,528.
Majoriti : 1,356.
PN + PKR combine : 10,701.
Kalah BN.
14. *N.44 LARKIN.*
BN-UMNO menang undi : 16,053.
Majoriti : 6,178.
PN + PKR + MUDA combine : 20,000.
Kalah BN.
15. *N.47 KEMPAS.*
BN-UMNO menang undi : 11,919.
Majoriti : 3,514.
PKR + PN combine : 16,400.
Kalah BN.
16. *N.49 KOTA ISKANDAR.*
BN-UMNO menang undi : 23,133.
Majoriti : 4,360.
PN + PH combine : 31,200.
Kalah BN.
17. *N.BUKIT PERMAI.*
BN-UMNO menang undi : 10,889.
Majoriti : 4,755.
PN + MUDA combine : 11,200.
Kalah BN.
🛡️🛡️🛡️
*5 POINT'S TO PONDER :*
1. Terdapat 17 kerusi DUN Johor sekiranya parti-parti politik pembangkang combine dan betul-betul bermuafakat merealisasikan konsep Khemah Besar, Satu lawan Satu dengan Barisan Nasional, mereka sepatutnya beroleh kejayaan pada PRN Johor semalam.
2. BN tidak akan menang 40 kerusi DUN Johor, sebaliknya hanya akan menang 23 kerusi (40-17).
3. Ketika PRU ke 14, pertandingan 3 penjuru di antara BN-UMNO dengan PH dan PAS, telah merugikan BN-UMNO banyak kerusi-kerusi Parlimen kawasan Melayu.
4. Perkara yang sama berlaku di PRN Johor semalam.
Akibat terlalu banyak parti-parti politik pembangkang memecahkan undi, telah memberi laluan mudah kepada BN untuk menang 40 kerusi di PRN Johor. Satu keputusan yang amat baik dan cemerlang untuk BN.
Manakala, satu percaturan dan strategy yang salah oleh PN, PH, PKR dan MUDA.
5. Walau bagaimana pun, keadaan mungkin berbeza untuk PRU ke 15, sekiranya parti-parti ini dapat menjalinkan kerjasama yang lebih baik, to deny BN menang mudah pada PRU ke 15.
*KITA TUNGGU PRU KE 15. SOON.*
*SEKIAN.* Oleh : Saiful Bahar.
13 Mac 2022.
OSTB : Yang berikut pula adalah analisa tepat oleh sahabat saya Dr Rosli Khan yang menyuluhkan kedungguan ketua pembangkang yang patut di anugerahkan hadiah Nobel Prize untuk Political Failure.
Keputusan PRN Johor: BN 40, PN 3, PH 12, MUDA 1.
Syabas kepada saudara kerana memberi kemenangan yang mudah kepada BN di PRN Johor.
Kegagalan saudara selama dua minggu berkempen telah memberi nafas baru kepada BN dan sekaligus, seperti yang diramalkan, hampir melenyapkan parti saudara, PKR, dari DUN Johor.
Ini berpunca dari kempen strategi yang salah, kaedah yang tidak cekap, tanpa sebarang strategi politik yang boleh menarik pengundi untuk menang.
(OSTB : Pendek kata the fellow is just a dud. No ideas, no strategies, no Tamil songs to dance.)
Ramai Calon
Walaupun menjadi ketua pembangkang, saudara cuma bertindak untuk parti sendiri, iaitu PKR, dan tidak untuk semua parti-parti yang menentang BN.
Sepatutnya saudara mengumpulkan semua parti-parti pembangkang untuk membentuk strategi menghadapi PRN Johor.
Ketua pembangkang harus menilai di mana kekuatan parti masing-masing, menyelaraskan perpaduan dan membahagi kerusi-kerusi untuk melawan BN satu lawan satu.
Daripada keputusan PRN ini, ternyata pengundi amat keliru dan mengundi berbagai-bagai parti.
Dengan perpecahan undi antara PH, PN, Pejuang, MUDA, dan Warisan, sememangnya tiada parti yang cukup kuat untuk mengalahkan BN secara bersendirian.
Kesimpulannya, BN menang bukan kerana mereka gagah, sebaliknya kerana saudara amat lemah dan tidak lagi berdaya untuk mengetuai pihak pembangkang.
(OSTB : Rosli just come out and say it, the fellow is a total dud. 'tidak lagi berdaya' is being unduly kind for a clown who has been tripping up the whole country since 1983)
Sebagai ketua pembangkang, saudara sepatutnya bertemu dengan ketua-ketua mereka dan berbincang terlebih dahulu tentang bagaimana cara yang paling sesuai dan berkesan untuk merancang satu kempen strategi untuk melawan.
Tutup Pintu
Tetapi ini tidak terjadi kerana dari awal lagi, saudara telah menutup pintu untuk sebarang perbincangan. Ini bukan cara memimpin namanya.
Dalam PH sendiri pun saudara membuat keputusan memihak kepada PKR.
(OSTB : Despite kena telur ayam kosong di Melaka dia masih fikir dia boleh menang dengan sendiri di Johor. The guy is a real dud.)
Tanpa mengambil kira naluri DAP dan Amanah serta ahli akar umbi mereka di Johor, keputusan-keputusan saudara telah menyebabkan mereka juga turut kecundang di banyak kerusi yang ditandingi.
Amanah yang dulunya mempunyai sembilan kerusi, cuma tinggal satu. DAP yang mempunyai 14, tinggal 10.
Parti saudara sendiri cuma menang satu dan kalah 19, satu angka yang amat mengecewakan.
Kempen kosong
Saya melihat ‘livestream’ saudara semasa berkempen. Intinya tidak ada, melencong dengan banyaknya ‘anekdot’ yang tidak relevan.
(OSTB : Dia tak baca buku yang ada ilmu yang berguna. Atau baca apa pun yang berilmu. 'A Mid-summer night's dream' itu khayal semata. Takde kena mengena dengan realiti kita. Buang masa, buang api, buang hidup.)
Saudara turun ke padang tanpa membuat ‘kerja rumah’ terlebih dahulu. Ini tidak mencerminkan seorang ketua pembangkang yang “hands-on” dan disegani ramai.
Tiada sebarang kempen strategi yang efektif untuk menyangkal BN yang pandai menutup isu-isu utama dan kesalahan mereka dengan baik.
Ini memberikan persepsi taraf kepastian yang tinggi dikalangan pengundi untuk menolak parti pembangkang.
Dalam keadaan BN yang berpecah dua, antara “court cluster” dan yang tidak, saudara masih tidak berjaya mengambil kesempatan dari situasi tersebut.
Saudara tidak dapat membaca apa yang sebenarnya pengundi Johor mahu.
Banyak isu-isu di Johor yang tidak dibawa oleh PH dan pembangkang lain. Semuanya tidak senada dan masing-masing membawa rentak kempen berbeza.
Saudara sendiri kelihatan seperti ketakutan memainkan peranan sebagai ketua pembangkang untuk menyerang pihak-pihak tertentu yang begitu tamak dengan kuasa.
Mereka dengan rakus membolot segala peluang yang ada.
Rakyat Johor dapat melihat dengan jelas, tetapi peranan pembangkang untuk menyuarakan hal-hal demikian tidak kedengaran.
Apabila saudara tidak membawa isu tanah, reklamasi laut, geran rumah yang berdekad tidak selesai, ekonomi yang muram, tiada peluang pekerjaan dan projek-projek besar dikaut oleh kaum elit sahaja, saudara dilihat sebagai tidak lagi berfungsi untuk terus menjawat jawatan ketua pembangkang.
(OSTB : Bro, bukan dia tak tahu. Dia tahu semua itu. Dia pun ada 'plan sendiri' kut?)
Sekatan untuk masuk bekerja semula di Singapura, juga tidak disuarakan, sedang inilah isu amat penting bagi ramai rakyat Johor.
Tidak berani
Pengundi tidak lagi melihat saudara sebagai ketua pembangkang yang berani dan tegas.
Jadi bagaimana mereka mahu mengundi parti saudara dan pembangkang yang lain?
Di sinilah letaknya punca kekalahan tersebut.
Parti-parti yang melawan BN berkempen dengan cara dan agenda mereka sendiri. Semuanya tidak fokus dan tidak kena pada sasaran.
Apa lagi untuk membantu isu-isu tempatan yang serius dan membimbangkan tadi.
Isu besar, iaitu sistem feudalisma yang semakin menebal dan bergerak bebas, tidak disebut langsung.
Perkara ini melibatkan rakyat Johor yang telah lama tertindas dan jarang dibangkitkan, tidak disuarakan oleh saudara dan pembangkang yang lain.
Tidak ada keberanian, bererti kempen PRN itu berada dilandasan ketakutan.
MoU dengan Kerajaan
- Dua hari sebelum PRN, tiba-tiba timbul cadangan untuk sambung MoU yang saudara tandatangani bersama kerajaan pusat.
- Ini sesuatu yang amat kelakar dan tidak masuk akal. Tetapi saudara juga terdiam.
Kepincangan saudara sebagai ketua pembangkang telah lama dilihat sebagai amat mengecewakan.
Ini terbukti di PRN Johor.
Jadi apa gunanya ada pembangkang? Sekiranya mereka semua menyokong kerajaan?
Ini juga mengecewakan pengundi di Johor. Mereka mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi.
Apa tugas parti-parti pembangkang, apabila takut untuk bersuara dan takut untuk menegakkan keadilan?
Kalaupun ada pembangkang di DUN Johor, ramai yang berfikir, mereka tidak akan menjalankan tugas dengan berani dan nekad.
Sebenarnya, permainan politik saudara banyak yang tidak kena dan jauh terpesong dari aspirasi rakyat.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk bersara dari politik.
(OSTB : 'bersara dari politik'? Habis lepas itu dia nak buat apa ? Takkan jaga pintu belakang saja? Kunci sudah karat.)
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.