`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 21, 2022

Lelaki ditemui lemas di air terjun Lata Macau, Kuala Kubu Bharu

 

Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian. (Gambar Bomba/Bernama)

KUALA LUMPUR: Aktiviti riadah empat sekawan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Macau, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa Low Yu Jing, 26, dijumpai di dasar sungai kira-kira 50 meter dari lokasi mereka mandi pada 5 petang.

“Kami berdepan kesukaran membawa keluar mangsa kerana kawasan gaung dan tebing yang curam. Lokasi kejadian juga terletak kira-kira dua jam perjalanan dari pos kawalan bencana Kampung Orang Asli Pertak,” katanya dalam kenyataan.

Norazam berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.