`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 23, 2022

Mangsa 11 Tahun di Bunuh Oleh 16 Tahun Di Surau - Kegagalan Sistem Didikan Agama, Kegagalan Kaum Lebai

 


 

https://worldofbuzz.com/11yo-kicked-choked-assaulted-by-16yo-in-kuantan-because-of-dispute-over-rm4/?utm_campaign=11yo-kicked-choked-assaulted-by-16yo-in-kuantan-because-of-dispute-over-rm4&utm_source=Newswav&utm_medium=Website

  • plenty stories of students beaten up for most ridiculous of things. 
  • refusing to wash bully’s clothes, asking bully to stop watching porn
  • similar incident made headline

BERNAMA : 11-year-old boy died after kicked, choked, assaulted by 16-year-old (21/3)

  • dispute over RM4
  • Kuantan police said occurred at welfare home for orphans, asnaf 
  • suspect, victim, 6 other residents cleaning surau
  • victim unconscious, carried to dorm supervisor’s home
  • rushed to Hospital, victim died at emergency ward
  • suspect confronted victim took RM4 belonging to him
  • choked, slammed victim against the ground till lost consciousness
  • suspect remanded till 27/3 under Section 302 (death if convicted)

My comments :

Satu lagi kes buli, pukul, bunuh tanpa putus. Mangsa (Innalillah) dan pembunuh makin muda usia mereka. Mangsa berumur 11 tahun, pembunuhnya berumur 16 tahun.

Siapa ambil peduli? 

Mungkin "consultant" akan cari peluang buat duit menjual kursus latihan 'mengelak buli dan membunuh di sekolah dan kampus'. 

Tetapi kita perlu fokus kepada sistem pendidikan agama. Agama menelan belanja berbillion Ringgit setiap tahun. Kerajaan membuat peruntukan lebih RM1.4 Bilion untuk hal ehwal agama. Itu duit kecik.

Setiap tahun Kementerian Pendidikan sahaja belanjakan berbilion Ringgit lagi untuk mencetak dan memberi percuma buku agama - daripada tadika hingga ke tingkatan lima dan juga sampai ke diploma dan ijazah di universiti. Itu duit lebih besar.

Pelajar perubatan pun terpaksa belajar agama hampir setiap tahun dalam kursus lima tahun pengajian.

Di sekolah pula peruntukan masa untuk pengajian agama melebihi pendidikan sains dan matematik. Maksudnya lagi banyak bilion Ringgit perlu untuk bayar gaji dan elaun guru agama.

Dalam TV pula terdapat pelbagai rencana, wacana, program dan acara agama yang juga menelan berjuta Ringgit peruntukan duit rakyat dan perbelanjaan.

Ostad glamour pun tumpang buat duit secara derma online. 

Agama sudah menjadi perindustrian yang sangat besar dalam negara kita. Bisnes agama sangat menguntungkan.

Tetapi apa kesannya? Sejak berpuluh tahun pasangan kahwin terpaksa ambil kursus kahwin. Tetapi kadar cerai-berai masih tinggi. Menteri Parti Lebai pula bagi petua cara pukul bini. Ibu tunggal boleh jadi satu kaum tersendiri.

Jadi apa gunanya kursus kahwin melainkan membebankan pasangan kahwin dan masuk duit dalam kocek ostad kursus? Duit di belanja (atau duit di telan) tetapi kesan positif tidak ada.

Begitu juga mengajar agama dari tadika ke peringkat universiti menguntungkan pencetak buku agama dan membayar gaji guru agama tetapi di sebuah IPTA pula pelajar mati juga, sekali lagi dibuli dan dipukul oleh rakan-rakannya. Lepas itu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah. Akhir sekali siasatan Polis dan hukuman Mahkamah yang selesaikan kes itu. Agama buat apa?

Begitu juga pak lebai mahu ukur baju lelaki lembut dan hambat lelaki itu sampai dia lari ke luar negara. Kemudian untuk berbulan-bulan kisah lelaki lembut itu jadi gosip utama pak lebai. Soalannya kenapa lelaki itu tidak dibantu masa dia di tadika dan sekolah? Kenapa berjam-jam pengajian agama setiap minggu dan bertahun-tahun baca buku-buku teks agama di sekolah gagal membantu lelaki lembut itu?  Dan itu bukan satu kes sahaja. Di Kuala Lumpur pergi tengok sendiri lah pada malam hari di Chow Kit, di belakang bangunan EPF (Jalan Raja Laut), di kawasan Masjid India dan kita boleh nampak rejimen dan batalion lelaki lembut. Kenapa agama tidak membantu mereka "mengatasi" keadaan mereka?

Dan agama hanya tahu marah, menghukum dan mendera orang. Agama tidak membantu sebelum mereka bermasalah. 

Serupa Polis trafik yang menunggu untuk menangkap orang buat U-turn salah. Why not Polis trafik itu berdiri depan tempat U-turn salah itu so that pemandu kereta akan nampak Polis dan TIDAK buat U-turn salah itu? Kenapa gila psycho suka sangat nak tangkap orang, hukum orang dan dera orang? 

Balik kepada kes buli-membuli dan pelajar muda sering bunuh rakan surau, rakan sekolah dan rakan universiti saya melihat bahawa agama dan pak lebai tidak dapat membantu masyarakat kita mengelak atau pun mengatasi masalah ini. 

Kita perlu rujuk kepada pakar saintifik untuk menangani pelbagai masalah ini. Kita perlu pakar saikoloji, pakar saintis human behaviour, fringe groups, social violence and aggression dan serupa itu untuk membantu kita mengatasi masalah.

Percayalah bagi setiap masalah yang kita mengalami - tak kira masalah apa pun - sudah ada kaedah moden dan saintifik bagi kita menggunakannya untuk menyelesaikan masalah itu.

Kita bukan negara yang pertama di dunia yang menghadapi kes buli sampai mati di sekolah dan surau, atau kes buang bayi, ibu tunggal, pukul bini dan sebagainya. Masyarakat lain di dunia telah pun menghadapi pelbagai masalah ini dan mereka mampu mengatasi masalah sosial mereka menerusi cara moden dan saintifik.

Contohnya negara Afrika mampu mengurangkan jangkitan HIV dengan drastik juga. Thailand berjaya mengurangkan jangkitan HIV, masalah anak luar nikah, anak buangan dsbnya. Tetapi mereka menggunakan kaedah saintifik dan moden dengan merujuk pakar sains, pakar kemasyarakatan. Bukan merujuk kepada pakar agama. 

Agama ini suka menunjuk jari, cepat berbising, suka marahi orang, suka menghukum dan mendera orang. Kalaulah pak lebai jumpa saja sesiapa yang sudah 'melanggar peraturan agama' maka happy happy lah mereka untuk segera menghukum orang yang 'sudah salah' itu.

Tetapi masalah tidak selesai. Itulah masalah besarnya. The problem is not solved.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.