`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 13, 2022

Najib saran pengeluaran KWSP selepas dapat dividen, sebelum Ramadan

 

Najib Razak mencadangkan pengeluaran i-Citra RM10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata, sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), masa paling tepat adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.

“Dan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empat langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid-19,” katanya di Facebook.

Beliau mencadangkan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkan semula projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Beliau turut menyarankan kerajaan menganugerahkan projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), selain menyerahkan beberapa projek kerajaan kepada syarikat milik agensi itu.

Ahli Parlimen Pekan berharap parti dan ahli politik yang menjadikan isu pengeluaran caruman KWSP sebagai modal berkempen ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor akan terus memberikan sokongan terhadap isu itu.

“Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yang pernah bantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP, tiba-tiba menyokong pula.

“Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Bersatu dan PAS ‘u-turn’ pula untuk sokong. Harap ini bukan sekadar sokongan sementara sempena musim PRN,” katanya.

Pada 2 Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, pihaknya tidak bercadang membenarkan lagi pencarum membuat pengeluaran buat masa ini.

Katanya, apa yang utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat membina semula simpanan hari tua pencarum.

Tempoh bagi tiga skim pengeluaran membabitkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah berakhir. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.