`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 8, 2022

PAS tak tunggang agama, kami mengamalkannya, tegas Pemuda PAS Johor

 

Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, PAS tidak menunggang agama sebaliknya beramal dengan ajaran agama. (Gambar Pas Johor)

SRI GADING: PAS tidak menjadikan retorik agama sebagai kaedah untuk menenag pilihan raya sebaliknya, PAS menjadikan agama untuk beramal dengannya, kata Ketua Pemuda PAS Johor Ahmad Nawfal Mahfodz.

Katanya, doktrin dan persepsi PAS adalah penunggang agama itu sangat membimbangkan sedangkan PAS menyertai politik kerana tuntutan Islam.

“Inilah kerisauan kita kalau ada pihak mendoktrin, mencipta persepsi tersebut. Saya tak boleh nak tinggal Islam semata-mata kerana nak masuk politik, kerana politik masih ada halal haram, masih ada dosa pahala, kita bukan menunggang (agama) tapi kita mengamalkan.

“Islam bukan untuk ditunggang, Islam untuk kita amalkan, kita (PAS) tak jaja pun, saya kira contoh di pilihan raya negeri (PRN) Johor, tiada siapa pun cakap soal hudud…tetapi kita tak tinggalkan hudud, kita tetap bawa perjuangannya, memang kita terus perjuangkan, bukan untuk kita jaja,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Mengulas kenyataan Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamad sebelum ini yang mendakwa PAS menjadikan retorik agama untuk memenangi pilihan raya, Nawfal menyanggah kenyataan itu sambil menegaskan bahawa PAS mempunyai ramai profesional dalam pelbagai bidang, namun perkara itu tidak diambil tahu pihak lawan.

Nur Jazlan dipetik berkata, lebih kerap PAS bercakap soal agama, membuatkan Barisan Nasional (BN) mendapat lebih manfaat pada PRN Johor, susulan populasi seimbang antara Melayu dan bukan Melayu.

“Dalam PAS kita ada pelbagai pakar, tetapi tidak pernah diambil tahu (oleh lawan politik), tak benar kata PAS tidak ada idea pendidikan atau ekonomi, rakyat Johor bijak menilai,” katanya Nawfal yang juga calon PN bagi kerusi DUN Parit Yaani.

Dalam pada itu, ditanya mengapa PAS dilihat tidak serik bertanding dalam pilihan raya walaupun sering berdepan kekalahan, Naufal berkata penglibatan parti itu dalam politik selain mahu menang ia juga bertujuan menyampaikan dakwah.

“Menjadi tanggungjawab masuk pilihan raya untuk melebarkan dakwah, mencari kuasa mentadbir, berkongsi kerajaan dan menjaga tanah air, itu juga satu jihad yang besar. Menang adalah matlamat pilihan raya untuk politik, tetapi yang mendorong untuk masuk pilihan raya walaupun kalah, walaupun berkali kali kalah, adalah kerana kita tahu ganjarannya nanti,” katanya.

Beliau juga menolak tuduhan kononnya PAS sebagai parti ekstrim dengan menumpukan soal agama semata dengan mengabaikan nasib bangsa lain serta tidak pandai pentadbir.

Katanya, rakyat sendiri boleh menilai kebolehan PAS dan prestasi parti itu dalam memimpin negara setelah diberi amanah menerajui beberapa kementerian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.