SHAH ALAM: Polis Shah Alam sedang menyiasat berkenaan satu video pergaduhan sekumpulan remaja ketika perlawanan bola sepak pada Selasa lepas, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata video tular berdurasi 32 saat di laman Facebook dimuat naik seorang pemilik akaun yang memaparkan pergaduhan antara remaja itu, kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Mac, lebih kurang pukul 11 malam semasa berlangsung perlawanan akhir Liga Saujana Putra antara Bandar Putra 2 FC dan Copy Ori FC di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kuning, U10 Bukit Cherakah,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut Baharudin mana-mana individu dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video yang viral itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.