`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 15, 2022

Puad yakin perwakilan PAU sokong usul bubar Parlimen, PM kena akur

 

Mohd Puad Zarkashi berkata, suara akar umbi tidak boleh ditolak mentah-mentah apatah lagi sekiranya ia menjadi keputusan Umno. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Mohd Puad Zarkashi yakin jurucakap parti itu dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu ini akan mengusulkan supaya pilihan raya umum diadakan segera.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, usul berkenaan juga diyakini akan sebulat suara disokong oleh perwakilan parti.

“Sekiranya ia berlaku maka Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) kena akur dengan kehendak akar umbi Umno sebab dia datang daripada Umno.

“Maka suara akar umbi tidak boleh ditolak mentah-mentah apatah lagi sekiranya ia menjadi keputusan Umno. Setiap pemimpin, ahli atau sesiapa sahaja kena patuh keputusan PAU atau Majlis Tertinggi,” katanya ketika ditemui FMT.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, pimpinan parti tidak menyekat perwakilan daripada menyuarakan sebarang isu – asalkan tidak sensitif – pada PAU itu.

Pada 12 Mac lalu, laungan “bubar…bubar…bubar Parlimen” berkumandang di pusat gerakan Barisan Nasional (BN) sejurus keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan itu menawan Johor dengan majoriti 2/3.

Dalam pada itu, Puad mempersoalkan mengapa kerajaan hari ini perlu dipertahankan lagi sedangkan ia memperoleh majoriti lemah dan hanya memberi kesan kepada ekonomi negara yang semakin terjejas.

“Macam mana nak percaya Bersatu, sebab berlawan dengan Umno. Macam mana lagi nak percaya dengan PAS sebab berlawanan dengan Umno. Jadi tidak ada sebab sekiranya perwakilan mendesak, maka pemimpin atasan Umno atau Perdana Menteri (perlu) akur,” katanya.

Puad juga menjangkakan usul mengenai Muafakat Nasional (MN) akan dibawa dalam PAU dan mungkin ada perwakilan akan mendesak diputuskan sama ada Umno mahu “membuka pintu” atau menutup terus kerjasama dengan PAS. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.