`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 27, 2022

Selangor benar solat rapat saf di masjid, surau mulai 1 April

 

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengumumkan kebenaran menunaikan solat jemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April.

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April.

Memaklumkan perkara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan tersebut dibuat setelah baginda mengadakan satu rundingan bersama beberapa agensi kerajaan negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.

Menurutnya, baginda membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara untuk mengelakkan kesan mendalam akibat Covid-19, di samping memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan institusi masjid serta surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah di Selangor.

Katanya, Sultan Sharafuddin turut berkenan membenarkan solat tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di negeri itu.

“Hanya individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin Covid-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka termasuk sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.

“Individu yang bergejala diminta menangguhkan dari menghadiri sebarang aktiviti di masjid dan surau sehingga tahap kesihatan dapat dipastikan demi menjaga kesejahteraan jemaah lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shahzihan berkata, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi di Selangor.

Baginda menasihati rakyat negeri itu untuk terus berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.