PETALING JAYA: Satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di selatan Sumatera, Indonesia, pada 5.09 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran gempa bumi dengan magnitud 6.7 itu turut dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Pusat gempa bumi tersebut terletak di 0.6° S dan 98.6° T dengan kedalaman 10 km.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya di Twitter. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.