`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 8, 2022

Siapa Peguam Negara sekarang? soal Ahli Parlimen

 

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mempersoalkan mengapa laporan siasatan ke atas dakwaan ‘kartel polis’ tidak dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mempersoalkan mengapa kerajaan merahsiakan pelantikan Peguam Negara baharu.

Ketika ini, katanya, negara tidak mempunyai Peguam Negara selepas penggal Idrus Harun tamat pada 6 Mac lalu.

“Belum ada berita siapa yang dilantik menggantikannya atau sama ada khidmatnya dilanjutkan,” kata Gobind semasa perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, penting untuk negara mempunyai Peguam Negara baharu kerana kes berprofil tinggi sedang dibicarakan di mahkamah dan ketiadaan Peguam Negara hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan berhubung perkembangan kes berkenaan.

Idrus Harun, 67, yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara selama dua tahun bermula 2020, selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Gobind menyuarakan kebimbangannya berhubung siasatan terhadap Muhyiddin atas dakwaan menawarkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan untuk mendapatkan sokongan politik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengklasifikasikan kes itu sebagai “tiada tindakan lanjut”. Gobind berkata, Peguam Negara perlu memberikan penjelasan.

Beliau turut menyentuh keputusan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) berhubung dakwaan “kartel polis” yang didakwa bekas Ketua Polis Negara, Hamid Bador.

Gobind mempersoalkan kenapa EAIC menyerahkan laporannya kepada Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali, walaupun mendapati terdapat asas terhadap dakwaan pembabitan pegawai polis dalam sindiket jenayah.

“Bukankah laporan itu patut dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut? Inilah masalahnya bila pegawai tinggi kerajaan (Hamid) mendedahkan isu pembabitan pasukan polis dan agensi lain. Mereka disiasat secara dalaman kerana perkara yang dibangkitkan adalah sulit. Selepas itu, tiada tindakan diambil.”

Bulan lalu, EAIC berkata, agensi itu tidak dapat mengesahkan kewujudan “kartel polis” seperti didakwa Hamid, sebelum beliau bersara tahun lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi EAIC, Sidek Hassan berkata, terdapat asas terhadap dakwaan pembabitan pegawai polis dalam sindiket jenayah dan hasil siasatan itu sudah dihantar kepada Zuki. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.