`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, March 17, 2022

Warga emas mengaku salah tumbuk polis

 

Mahkamah membenarkan lelaki berusia 65 tahun itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang lelaki hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Jertih, Terengganu kerana menumbuk seorang anggota polis ketika bertugas, Isnin lalu.

Tertuduh, Othman Mamat, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Raja Norshuziana Shakila Raja Mamat.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Lans Koperal Mohammad Islahuddin Mohd Ali, 29.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di depan sebuah rumah di Kampung Rahmat, Setiu pada 12.15 tengah hari 14 Mac lalu, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, lapor Harian Metro.

Mahkamah menetapkan 11 April ini untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman di Mahkamah Majistret Setiu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas bukan sahaja memandu secara berbahaya, tetapi turut menumbuk anggota polis bertugas ketika pemeriksaan di tepi jalan di Kampung Rahmat, Chalok, Bandar Permaisuri, Setiu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.