`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 11, 2022

3 bersaudara lemas di air terjun

 

Lokasi kejadian tiga bersaudara ditemui lemas. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Dua beradik antara tiga bersaudara ditemukan lemas di air terjun Lata Changkah Ulu Seladang, Permaisuri, Terengganu.

Dalam kejadian 2.30 petang mangsa yang meninggal dunia ialah Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, adiknya Syariatul Noor Safiqa, 26, dan sepupu mereka Siti Aishah Mazalan, 19.

Kakak sulung kepada dua beradik iaitu Sariatu Syafira, 32, juga hampir lemas ketika menyelamatkan ahli keluarga lain termasuk sepupunya berusia 13 tahun.

Semua mereka berkelah di air terjun berkenaan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Setiu, Afandi Hussin, berkata kejadian dikatakan berlaku apabila seorang daripada mangsa tergelincir lalu terjatuh.

Katanya, seorang daripada mangsa menarik dua lagi mangsa lain sebelum ahli keluarga yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamatkan mereka.

“Semua mangsa diselamatkan ahli keluarga dan penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Setiu namun disahkan meninggal dunia,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.